Wednesday
Tuesday
MUDAH KAHWIN IKUT SYARIAT
SELASA lalu, muka depan Harian Metro memaparkan kisah penipuan seorang lelaki yang mendakwa disamun menyebabkan dia terpaksa membatalkan majlis perkahwinan yang tinggal beberapa hari lagi.
Dalam kes itu, lelaki berkenaan dikatakan kerugian RM18,000 sebelum menghilangkan diri dan mengakibatkan keluarga sebelah perempuan terpaksa menanggung malu berikutan majlis kenduri perkahwinan dibatalkan dan diganti dengan kenduri doa selamat.
Kes seperti ini sebenarnya banyak berlaku di negara kita, namun yang pasti ada hikmahnya dan di sebalik apa yang berlaku, pasti ada cerita kita tidak ketahui.
Hakikat paling utama perlu kita ketahui pada hari ini adalah cabaran yang terpaksa digalas kebanyakan anak muda zaman sekarang sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Pelbagai perkara yang berlegar di benak fikiran perlu diambil kira, terutama membabitkan soal kewangan.
Tambahan pula apabila sebahagian daripada mereka sukar mendapat pekerjaan. Gaji pula mungkin hanya cukup untuk membayar sewa rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajaran, petrol dan pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi.
Malah, jika dicongak keadaan sekarang, terlalu banyak godaan menggoncang iman. Tidak cukup dengan trend pakaian menjolok mata, akses tanpa sempadan ke alam siber membolehkan sesiapa saja melayari laman sesawang yang tidak bermoral tanpa mengira siang atau malam.
Lalu terjadilah kes buang bayi, pengguguran janin dan bunuh diri setiap hari membabitkan kalangan muda- mudi yang bermain cinta lantaran tidak mampu berkahwin.
Kerana itu, Islam menggalakkan perkahwinan untuk membina ikatan sah antara lelaki dan wanita bagi mengelak berlakunya gejala tidak sihat ini. Apabila berbicara mengenai perkahwinan, Islam sebenarnya banyak garis panduan untuk diikuti penganutnya.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau reda terhadap agama dan akhlaknya, nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” (Hadis Riwayat Tarmizi dan Ahmad) Kemudian hadis daripada Ali RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Tiga perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya.” (Hadis Riwayat Tarmizi) Pada zaman Rasulullah, pernah berlaku sebuah kisah yang menunjukkan betapa Islam itu sangat mudah apabila tiba soal perkahwinan. Kisah seorang sahabat yang miskin dan tiada apa-apa tetapi ingin mengahwini seorang wanita.
Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya apa yang boleh dijadikan mahar untuk mengahwini wanita itu. Lelaki itu menyatakan dia tiada apa-apa kecuali sebentuk cincin besi dan kain untuk menutupi tubuh wanita terbabit.
Rasulullah SAW kemudian menyatakan kepadanya supaya mengahwini wanita itu dengan bermaharkan ayat al-Quran.
Saya yakin dan percaya, masyarakat kita pada hari ini tidak sampai ke tahap miskin seperti lelaki dalam kisah ini. Kisah ini hanya untuk menggambarkan betapa apabila tiba soal perkahwinan, Islam sedaya upaya memberi jalan untuk mempermudahkannya. Kerana perkahwinan itu sebenarnya antara pintu kepada pintu pembuka rezeki.
Allah berfirman di dalam surah An-Nur, ayat 32, yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Antara kebaikan wanita ialah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (mas kahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani) Jika mas kahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syariatkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi bahawa pernikahan yang terbaik adalah yang paling mudah.
Oleh itu, permudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan kenduri yang penuh dengan kemungkaran, bermegah-megah dan pembaziran.
Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkat dan keredaan Allah. Itu yang perlu kita cari dan kejar.
Aku Dan Dart
Punya la aku exiceted ble dpt terpilih kne men dart..so aku pun bercadang nak beli sendiri yala xsyok jugak pinjam yang orang..So aku pun meluahkan hasrat pada teman jalan ujung mggu mrangkap dedebor nak membeli dart..Hint2 nak suh teman la kan..Nasib la encik dedebor fham n bcadang pergi trus ble ujumg mggu..Bayangkan nampak sangat excited sampaikan dari sogo sanggup ke sunyaw untuk cari dart n flyers dia..Yang jadi mgsa aku sp lagi En.Amir Ridzuan my dedebor..Dengan jammed kat area jalan TAR 2 xpyh ckp la nk menghala ke sunway..Da sampai sana plak abis satu shopping kompleks sunway kami pusing punya la nak cari tempat yang kata boleh test baling..Tapi xjmpa jgk..Ats pjukan mr dedebor aku beli je la yang bese2 je yang ada kt citu..
Lebih kurang camni la rupanya tapi aku punya lagi cikai la kot huhuhu
Two week before aku memang blajar untuk luruskan tangan n blajar 'aim' number.. Sampai la aku konsisten untuk wat balingan.. Nak men dart ni kne pandai matematik ada tmbh tolak n darab.. Memang otak kene cekap la..Aku mula2 men rsa cam tolak pun da xpandai..Hahaha cmne la aku leh keje n blaja teknikal ni.. Tolak pun failed hehehehe...
Nak men dart ni term dia senang je game start mesti ada 1 kat blakang.. Exmple start from 501 or 301 or 201 cam 2 la..wat la balingan, no yang kte dapat 2 tolak2 sehingga dapat house.. House plak bukan suma no msti no genap 50, 40 - 2.. cakap banyak2 nnti korang pulak yang pening huhuhu..Tapi ini la pengalaman yang paling best aku rsa tambahan pulak aku ni suka aktiviti sukan..Kalau la pool games ada..aku la pmpuan yang pertama offer diri..
Aku da la giant nak men pool..tapi dah dapat men dart pun ok la kan still jugak masuk dalam games yang jarang pmpuan wat kan..aku xtau knp aku obses dengan games yang macamni.. K la nnti aku sambung cite plak psal tournement n Jabatan kitaorang dapat no brapa n pe kganasan aku kali ni.. Hahahaha..
Wednesday
KAD KUNING ~~~
Setelah sekian lama aku berehat dari sukan, last week aku di pilih untuk mewakili Jabatan bagi pertandingan futsal kategori perempuan.. Di sebabkan aku pekerja baru jadi mestilah kene tonjolkan kelebihan aku supaya dapat prestasi terbaik.. Ye la kan aku sekarang hanya berstatus Juruteknik Awam (KONTRAK) jadi untuk dapatkan jawatan TETAP memang kene suma pandai la.. Before ni pun aku pernah wakil kelas untuk futsal di Politeknik dulu. Walaupun da tinggal lama sukan tapi semangat sukan tu masih ada.
Jadual pertandingan tu 20hb.. Disebabkan Jabatan aku ni memang teramat susah nk cari player xpasal nma aku kne petik.. Tapi xpe la kan "Majulah Sukan Untuk Jabatan " Huhuhu... Kitaorang start training 2 hari before pertandingan.. Bayangkan da la xde orang yang pandai pasal futsal train pulak last minute..Atas pengalaman aku yang pernah men futsal aku ajar la team kitaorang cikit2 yang aku tau.. Chewahh!! Macam la ko pandai sangat..Tuiii!! Tapi ok la kan not bad de jugak pgalaman aku hehehe...
Pagi2 20hb 2..aku mula la bdebar..da la team kitaorg first kne masuk court.. Aku pun ajaklah durg wat warm up supaya xde sakit2 badan lepas lawan nanti..N than after 5min warm up ktorg di panggil untuk msuk court..Aku pun tntukan sp yg perlu jd player utama atas sbb ktorg xde ktua psukan.. so aku pun bertindak wakil ketua untuk team wnita.. First game xde masalah untuk menang bab team lawan wlaupun bdan suma cantik mcm org bsukan durg ni agk slow.. So kitorg menang 1-0..
After 15min berehat masuk lg court untuk second game, ktorng kalah 1-0 bab lawan team cik kak berbadan tegap..Penguatkuasa dol :) lagipun ktorg da 2nd games durg bru 1st games tgh exited cam ktorg 1st games gitu..Walaupun durg suma da brumur tapi when durg bdiri even kne langgar pn team ktorg yang terpelanting huhu.. Tapi ksian sorg kakak pguatkuasa ni de terjatuh atas sbb ktidaksengajaan aku sepak kaki dia..Sory ek kak :) Adatlah bertanding men futsal plop 2..
Xlma dalam 15min abis games second, ktorg di panggil lagi.. Aku mula la bsing bab ktorg xsempat nk rest nk kne masuk balik..Cam sabotaj je nk kalahkan ktorg..Tapi team ktorg di tenangkan oleh team laki..durg ckap prasaan ktorg jer 2..N than ktorg masuk la court yg sma dgn Refree yg sma.. Nsib la Refree hensome boy.. Yang best pasal Refree ni tiap2 kali games dia bg team ktorg start sepak bola dulu.. Thanks la abg Refree..Siap bagi pesanan lagi men bagi menang katanya boleh rileks..Men la ktorg seperti biasa.. 3rd games ni ktorg seri 0-0..Ye la lagipun da pncit kot 3kali games..Mau la xpncit train pun 2 ari jer..
Xlama abis games, cam biasa la tgok games team lelaki.. Abis 1games durg, ktorg masuk lagi untuk yang terakhir kali.. Kali ni lawan dengan team yang digeruni Perkhidmatan Korporat sbb durg ni memang ada team futsal katanya..So mind kne kental waktu ni bab pasukan laki durg saiko dari luar..
Dalam byk2 team lawan ni la paling sengit.. Xlama dalam 3min pertama aku berjaya jaringkan gol.. Apa lagi memang kne guard la aku nk ke kiri nk ke kanan xboleh asal aku nk lari je dari team lawan durg pasukan laki team lawan yang luar menjerit suruh guard aku.. Agak presure jugak waktu 2.. After 5min lawan Refree pun tiup wisel tanda tukar goal..
Masuk je dalam 3min masa kdua aku mula rimas kne guard.. N than bola pun sampai ke budak yang guard aku 2.. Aku pun cuba merampas bola dari budak 2.. Tibe2 aku tersepak kaki dia n tergolek la budak 2 macam buah nangka yang xbp nk ranum..Kelab penyokong durang mula la menjerit kad kuning beramai2.. N than pengadil 2 pun mencari aku dengan mengeluarkan sesuatu dari poket.. Nah!! terselah kad kuning pada tangan Refree..
Dalam hati aku pun punya la terkejut..Selama aku main xpnh pulak dapat kad kuning.. Aku monolog sendiri.. 1st perempuan yang dapat kad kuning n 1st player yang rasmikan kad kuning ari 2..Memang catat sejarah la..Penyokong kat luar mula beremosi.. Macam2 yang kluar..Ni bukan padang ragbi la..Tiba2 Refree yang kuar kad kuning datang menghampiri aku n tanya ok ker ni sya bg kad kuning.. Aku pun tunduk ke bawah konon2 nk ikat tali kasut sambil tersenyum n dalam ati cakap "De jgk pengadil camni kan" n than ktorg truskan games ni..Waktu nk trus games ni aku da mula gelabah fikir camne nk elak diri dari kne budak 2 lagi.. Tapi team lelaki ktorng mula bagi support " Baru kad kuning lum kad merah" Wah betul jugak.. Tibe2 smgat datang balik nk truskan perlawanan.. N games berakhir dgn seri 1-1..
Tapi team ktorng sangat puas ati walaupun 1st time main futsal tp still dapat no 3..Walaupun bukan penyandang juara tapi not bad la kan dapat no.. Next year ktorang akan cuba yang terbaik supaya leh menyandang gelaran juara..Adiosss!!
Tuesday
Sunday
Mensyukuri Nikmat Dunia ~~
Wah dah lma rsa xupdate blog ni..rndu plak nk menaip huhuhu..
Aku seperti biasa masih berpijak di bumi yang nyata.. Alhamdulillah masih bernyawa.. Masih lagi dapat merasa nikmatnya dunia yang sangat sempurna dan indah ciptaaNya. Semoga aku tetap menjadi hamba yang bersyukur dengan setiap kurniaanNya..
Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi memberi peluang kepadaku untuk terus berada di Negara Tercinta yang aman serta sentosa..Semoga Negara Malaysia akan sentiasa aman hendaknya kerana apa sahaja yang berlaku adalah atas kehendakMu wahai Yang Maha Esa..
Alhamdulillah Maha suci Allah telah mengurniakan rezeki kepadaku dengan pekerjaan yang telah lama aku idamkan..Hebatnya kuasaMu telah menambahkan keyakinanku untuk berusaha ke arah itu..
Syukur padaMu Ya Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan dunia meskipun aku hanyalah hamba yang menumpang di atas bumi ciptaanMu.
Malunya aku sebagai hamba yang selalu mengingkari suruhanMu.. Begitu indah kasih sayangMu tidak pernah melupakan kebajikan kepada hambaMu meskipun aku selalu alpa dan melupakanMu. Ya Allah ampunkan hambaMu ini..Sesungguhnya hambaMu ini terlalu jahil tentang Ilmu kekuasaanMu..Wahai yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, semoga Egkau terus menerima hamba yang hina ini dan semoga aku terus dilindungiMu Ya Allah.. Amin...
Aku seperti biasa masih berpijak di bumi yang nyata.. Alhamdulillah masih bernyawa.. Masih lagi dapat merasa nikmatnya dunia yang sangat sempurna dan indah ciptaaNya. Semoga aku tetap menjadi hamba yang bersyukur dengan setiap kurniaanNya..
Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi memberi peluang kepadaku untuk terus berada di Negara Tercinta yang aman serta sentosa..Semoga Negara Malaysia akan sentiasa aman hendaknya kerana apa sahaja yang berlaku adalah atas kehendakMu wahai Yang Maha Esa..
Alhamdulillah Maha suci Allah telah mengurniakan rezeki kepadaku dengan pekerjaan yang telah lama aku idamkan..Hebatnya kuasaMu telah menambahkan keyakinanku untuk berusaha ke arah itu..
Syukur padaMu Ya Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan dunia meskipun aku hanyalah hamba yang menumpang di atas bumi ciptaanMu.
Malunya aku sebagai hamba yang selalu mengingkari suruhanMu.. Begitu indah kasih sayangMu tidak pernah melupakan kebajikan kepada hambaMu meskipun aku selalu alpa dan melupakanMu. Ya Allah ampunkan hambaMu ini..Sesungguhnya hambaMu ini terlalu jahil tentang Ilmu kekuasaanMu..Wahai yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, semoga Egkau terus menerima hamba yang hina ini dan semoga aku terus dilindungiMu Ya Allah.. Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)






