Thursday

BLOG DA PENUH HABUK!!!

Since da jadi mak2 org ni da lama xupdate blog. Alahai abis nak kne cuci wall.. Da bole buat come back la untuk blog. Dengan Nafas baru, Idea Baru, Title  baru dan Bisness Baru.. Insyaallah blog ni akan diupdate dari masa ke semasa!!1

I'M BACK!!!!!

Monday

Mencari Tips Bercuti

Hahaha.. saje duk melepak smbil baca blog org.. sebenarnya nak search tips bercuti di HCM..  pe yang aku dapat.. taraaaaaa :-


 


14 results
Showing results for tips becuti di ho chi minh too.
Do you want results only for tips becuti di hcm?

  • misz-ella.blogspot.com/2012/05/jalan-jalan-di-ho-chi-minh-city-day...
    5/20/2012 · Waaaa .. banyak betul 'calories burn' di Ho Chi Minh City ni ye. Good. Good. ... Becuti di Desa Balqis, Kuala Linggi; Antara Kepulan Asap dan Air Yang Menitis;
  • misz-ella.blogspot.com/2012/05/jalan-jalan-di-ho-chi-minh-city-day...
    5/20/2012 · Panjang sudah Edisi ke 2 Jalan-Jalan di Ho Chi Minh City ni. ... Becuti di Desa Balqis, Kuala Linggi; Antara Kepulan Asap dan Air Yang Menitis; Sebelum ...
  • www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=151499
    senyum je manjang.geng umno kat sini tak mau mengaku jugak ker yang paklah tu pi becuti?bole bagitau awat ... rakyat berkumpul di ... Jawatankuasa Ad-Hoc Kuda Ranggi
  • mymiee.blogspot.com/2011/03/percutian-ke-bukittinggi-pt-2.html
    3/20/2011 · Rombongan kami sampai di sini hampir serentak dengan satu ... apa² kalo ai nak gi becuti mana² insyaAllah ai akan mintak ... Tips & Travel ll ...
  • atieshaadriana.blogspot.com/2011_12_01_archive.html
    tambah pulak tempat becuti tu bukan calang-calang murah.. ... Di Pasaraya Sakan Simpang Kuala dapat sebiji RM 2.90 tapi kalau beli 4 ... Ho Chi Minh (1) hobby (1 ...
  • echamysara.blogspot.com/2012/01/cny-holiday-teluk-batik-part-1.html
    1/20/2012 · Adik wat kenduri doa selamat tp kat umah mertuanya di Bidor, ... Syioknya becuti :) January 26, ... Ho Chi Minh (5) Holiday (58) ...
  • alwzbemybaby.blogspot.com/2009_05_01_archive.html
    makan di sini tagline kedai makan ni.. ... kak jam gi becuti ke jogja. ... bubbye Ho Chi Minh..Malaysia! kami pulang. BabyIbu @ Itu ini.
  • ibudamia.blogspot.com/2012/09/alhamdulillahmenang-percutian-3d2n.html
    9/20/2012 · contest ni di anjurkan iconic ... yey.. pegi becuti lagi September 7 ... tutorial | panduan blogspot | blogger info | tips. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ...
  • chinta85.blogspot.com/2012/09/sok-nak-ke-sabah.html
    9/20/2012 · selamat becuti chenta.. :)) Reply Delete. Add comment. Load more... ... Adik di Klinik Oftalmologi, Hospital Serdang. 1 day ago Indah itu...KAMU. Mokcik kayo!!
  • www.archive.org › See other formats
    See other formats. Full text of "Atti"
Showing results for tips becuti di ho chi minh too.
Do you want results only for tips becuti di hcm?

hampeh jer huhu





Wednesday

DEMO LONI XSUPO MULO..

Kantung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kempis lagi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman denda RM62,500 atas kesalahan tindakan liar penyokong The Red Warriors pada perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu pada 15 Januari lalu.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman selepas mempengerusikan mesyuarat bagi membicarakan kes itu di Wisma FAM semalam.
Hukuman yang dikenakan itu berdasarkan empat pertuduhan oleh jawatankuasa itu selepas mengumpul segala bukti mengenai kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong Kelantan.
KAFA dikenakan hukuman denda RM20,000 bagi kesalahan penyokong mereka membaling mercun di dalam stadium, RM20,000 bagi kesalahan penyokong melontar objek ke arah penyokong JDT, RM2,500 bagi kesalahan penyokong melontar objek di luar padang dan RM20,000 bagi kesalahan gagal mengambil langkah keselamatan.

Malah pasukan juara tiga gelaran musim lalu itu juga bakal berdepan hukuman tambahan beraksi tanpa penonton selepas ini jika kejadian sama berulang kembali.

“Pihak KAFA tidak mengaku salah dengan kesemua pertuduhan itu tapi dengan bukti yang kami peroleh serta laporan pegawai perlawanan, kami berpuas hati dan membuat keputusan bahawa Kelantan bersalah.

“Selepas ini pihak Jawatankuasa Tatatertib akan mengawasi perlawanan Kelantan di Kota Bharu (menentang Perak pada 1 Mac) dan sekiranya masih berlaku kekecohan mereka boleh dikenakan hukuman beraksi tanpa penonton pada perlawanan seterusnya. Buat masa ini kami menangguhkan dulu hukuman itu bagi memberi peluang kepada Kelantan,” kata Ednan.

Menurut Ednan, KAFA perlu menjelaskan denda itu dalam tempoh 14 hari selepas surat dikeluarkan dan tiada rayuan dibenarkan memandangkan hukuman itu paling minimum.

* beringatlah penyokong ksian KAFA



* SUMBER METRO *

Studium sultan Mizan Runtuh Kali Ke 2



 
KEADAAN kerangka struktur bumbung yang separuh runtuh yang mengakibatkan tiga pekerja parah ketika kerja baik pulih bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pagi tadi.

Tuesday

SIRKIT PANCHING & KAYUHAN CERIA @PUTRAJAYA

 Marilah bersama memeriahkan aktiviti Putrajaya pada hujung minggu ini..

Cabutan bertuah menanti anda :)

MUDAH KAHWIN IKUT SYARIAT

SELASA lalu, muka depan Harian Metro memaparkan kisah penipuan seorang lelaki yang mendakwa disamun menyebabkan dia terpaksa membatalkan majlis perkahwinan yang tinggal beberapa hari lagi.
 
Dalam kes itu, lelaki berkenaan dikatakan kerugian RM18,000 sebelum menghilangkan diri dan mengakibatkan keluarga sebelah perempuan terpaksa menanggung malu berikutan majlis kenduri perkahwinan dibatalkan dan diganti dengan kenduri doa selamat.
Kes seperti ini sebenarnya banyak berlaku di negara kita, namun yang pasti ada hikmahnya dan di sebalik apa yang berlaku, pasti ada cerita kita tidak ketahui.
 
Hakikat paling utama perlu kita ketahui pada hari ini adalah cabaran yang terpaksa digalas kebanyakan anak muda zaman sekarang sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Pelbagai perkara yang berlegar di benak fikiran perlu diambil kira, terutama membabitkan soal kewangan.
Tambahan pula apabila sebahagian daripada mereka sukar mendapat pekerjaan. Gaji pula mungkin hanya cukup untuk membayar sewa rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajaran, petrol dan pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi.
 
Malah, jika dicongak keadaan sekarang, terlalu banyak godaan menggoncang iman. Tidak cukup dengan trend pakaian menjolok mata, akses tanpa sempadan ke alam siber membolehkan sesiapa saja melayari laman sesawang yang tidak bermoral tanpa mengira siang atau malam.
Lalu terjadilah kes buang bayi, pengguguran janin dan bunuh diri setiap hari membabitkan kalangan muda- mudi yang bermain cinta lantaran tidak mampu berkahwin.
 
Kerana itu, Islam menggalakkan perkahwinan untuk membina ikatan sah antara lelaki dan wanita bagi mengelak berlakunya gejala tidak sihat ini. Apabila berbicara mengenai perkahwinan, Islam sebenarnya banyak garis panduan untuk diikuti penganutnya.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau reda terhadap agama dan akhlaknya, nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” (Hadis Riwayat Tarmizi dan Ahmad) Kemudian hadis daripada Ali RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Tiga perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya.” (Hadis Riwayat Tarmizi) Pada zaman Rasulullah, pernah berlaku sebuah kisah yang menunjukkan betapa Islam itu sangat mudah apabila tiba soal perkahwinan. Kisah seorang sahabat yang miskin dan tiada apa-apa tetapi ingin mengahwini seorang wanita.
 
Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya apa yang boleh dijadikan mahar untuk mengahwini wanita itu. Lelaki itu menyatakan dia tiada apa-apa kecuali sebentuk cincin besi dan kain untuk menutupi tubuh wanita terbabit.
 
Rasulullah SAW kemudian menyatakan kepadanya supaya mengahwini wanita itu dengan bermaharkan ayat al-Quran.
Saya yakin dan percaya, masyarakat kita pada hari ini tidak sampai ke tahap miskin seperti lelaki dalam kisah ini. Kisah ini hanya untuk menggambarkan betapa apabila tiba soal perkahwinan, Islam sedaya upaya memberi jalan untuk mempermudahkannya. Kerana perkahwinan itu sebenarnya antara pintu kepada pintu pembuka rezeki.
 
Allah berfirman di dalam surah An-Nur, ayat 32, yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Antara kebaikan wanita ialah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (mas kahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani) Jika mas kahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syariatkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi bahawa pernikahan yang terbaik adalah yang paling mudah.
 
Oleh itu, permudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan kenduri yang penuh dengan kemungkaran, bermegah-megah dan pembaziran.
 
Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkat dan keredaan Allah. Itu yang perlu kita cari dan kejar.

Aku Dan Dart




 
Sabtu baru ni 03.11.2012 aku joint plak tournement Dart.. Bab kata abg2 department "Kali ni xde cite kad kuning cam men futsal ek" huhuhu.. Before tournement aku ada la jgk excited training waktu lunch n after waktu kerja.. ye la kan aku ni mna la pnh men dart.. Nak baling dart pun xtau..Tapi sejak aku keje kt tempat baru ni kira penah la tgok abg2 kt deparment ni men dart.. Ada la jugak keinginan nak men tapi disebabkan tak tahu dia punya terms aku just tengok je la durg men.. Mgkin disebabkan itu la kot aku terpilih.. Bab tengok aku mcm berminat kan.. "Malu tapi mahu" hahaha...

Punya la aku exiceted ble dpt terpilih kne men dart..so aku pun bercadang nak beli sendiri yala xsyok jugak pinjam yang orang..So aku pun meluahkan hasrat pada teman jalan ujung mggu mrangkap dedebor nak membeli dart..Hint2 nak suh teman la kan..Nasib la encik dedebor fham n bcadang pergi trus ble ujumg mggu..Bayangkan nampak sangat excited sampaikan dari sogo sanggup ke sunyaw untuk cari dart n flyers dia..Yang jadi mgsa aku sp lagi En.Amir Ridzuan my dedebor..Dengan jammed kat area jalan TAR 2 xpyh ckp la nk menghala ke sunway..Da sampai sana plak abis satu shopping kompleks sunway kami pusing punya la nak cari tempat yang kata boleh test baling..Tapi xjmpa jgk..Ats pjukan mr dedebor aku beli je la yang bese2 je yang ada kt citu..

Lebih kurang camni la rupanya tapi aku punya lagi cikai la kot huhuhu

Two week before aku memang blajar untuk luruskan tangan n blajar 'aim' number.. Sampai la aku konsisten untuk wat balingan.. Nak men dart ni kne pandai matematik ada tmbh tolak n darab.. Memang otak kene cekap la..Aku mula2 men rsa cam tolak pun da xpandai..Hahaha cmne la aku leh keje n blaja teknikal ni.. Tolak pun failed hehehehe...

Nak men dart ni term dia senang je game start mesti ada 1 kat blakang.. Exmple start from 501 or 301 or 201 cam 2 la..wat la balingan, no yang kte dapat 2 tolak2 sehingga dapat house.. House plak bukan suma no msti no genap 50, 40 - 2.. cakap banyak2 nnti korang pulak yang pening huhuhu..Tapi ini la pengalaman yang paling best aku rsa tambahan pulak aku ni suka aktiviti sukan..Kalau la pool games ada..aku la pmpuan yang pertama offer diri..
Aku da la giant nak men pool..tapi dah dapat men dart pun ok la kan still jugak masuk dalam games yang jarang pmpuan wat kan..aku xtau knp aku obses dengan games yang macamni.. K la nnti aku sambung cite plak psal tournement n Jabatan kitaorang dapat no brapa n pe kganasan aku kali ni.. Hahahaha..