Wednesday

AKAL, IMAN VS NAFSU

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.


Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."


Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."


Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."


Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.


Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.


Bila nak pilih calon isteri dari ribuan WANITA..

Nafsu : Iman, aku rasa kan yang ni sesuai dengan kita..kita ni dah la miskin, makan megi je pepagi buta camni..ni aku nampak macam kaya sikit..anak Tan Sri ni..alaaa, aku tahu free hair bukan taste ko kan? Tapi nanti-nanti kita bentuk la dia bersama-sama..Yang ni pulak lagi la sesuai..memang la yang pakai sendat ni bukan taste ko kan? Tapi cuba ko bayangkan kalau ko kahwin dengan perempuan tudung labuh..ko ingat dia kurus..bukak je tudung tu yang ko nampak adalah ahli Sumo wanita yang menang peringkat antarabangsa..kesian ko..kalau yang pakai seksi dan sendat ni kita dah nampak bentuk tubuh dia..mengiurkan..kahwin sampai tua pun aku sanggup ni..

Iman : Geram je aku nak kata BENGONG..tapi sebab aku masih berimana..maka aku beristighfar banyak-banyak..aku tak kisah calon isteri aku ni kaya ke miskin ke lawa ke hodoh ke..yang aku fikir adalah agama dan akhlaknya..Nafsu, aku tahu ko bukannya betul sangat kan..bukan selalu aku boleh kawal ko..so bila sampai masanya aku dah tak mampu kawal ko maka aku berharap iman si bini aku tu la yang akan membawa aku kembali semula ke pangkal jalan..aku pun nak la anak-anak aku nanti semua soleh dan solehah..ni aku tengok kawan-kawan kita tu, ada anak yang tak reti baca Fatihah pun ada..habis solat tak sah sampai ke tua..mati masuk neraka camtu ja..kesian beb!

No comments:

Post a Comment