Wednesday

~LELAKI DULU DAN LELAKI SEKARANG~

Lelaki
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Srikandi,
Damsyik, Syria

* Dipetik dari novel ‘Syabab Musafir Kasih’
Karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Friday

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN LELAKI

Lazimnya, dalam menjalinkan dalam sesuatu perhubungan, ada beberapa kesilapan yang jarang lelaki perhatikan. Bagi mereka, ia hal biasa dan telalu remeh untuk difikirkan tetapi tidak pula bagi pasangan mereka.
Akibat kesilapan yang dilakukan ini, pasangan mereka beranggapan lelaki yang mereka cintai itu sudah berubah hati atau mungkin sudah mempunyai pengganti baru yang lebih baik daripadanya.
Antara kesilapan-kesilapan yang sering kali dilakukan oleh lelaki dalam menjalinkan hubungan adalah antara berikut :

Pentingkan Diri

Hal ini merangkumi pelbagai aspek misalannya, pakaian berjenama, soal seksual dan pelbagai aspek lagi. Bila anda mementingkan diri sendiri bermakna anda merosakkan hati wanita yang mungkin mencintai anda setulus hatinya.

Memaksa Pasangan

Tanya pada diri anda, adakah anda suka orang memaksa diri anda? Tentu jawapannya tidak. Tiada siapa pun yang suka dirinya dipaksa malah ada juga yang menganggap ia dianggap perlakuan ganas. Justeru itu, kalau anda tidak suka diperlakukan begitu, samalah seperti pasangan anda juga.
Paksaan ini mungkin merangkumi soal berpakaian, penampilan diri, melakukan aktiviti yang tidak disenangi wanita dan sebagainya. Jadilah lelaki yang baik di mata wanita kerana anda akan lebih disayangi.

Berubah Watak

Lelaki budiman lazimkan dikaitkan dengan lelaki yang sangat baik. Namun awas, ada lelaki tampak budiman hanya di hadapan anda dan kemudiannya berubah watak di belakang. Itu hanya sebagai taktiknya untuk memikat.
Wanita suka akan lelaki yang pandai bergurau dan sesekali membuat humor dan anda tidak perlu menjadi lelaki ‘kebodoh-bodohan’.

Tiada Variasi

Umumnya, sesiapa sahaja akan berasa bosan jika hubungan agak statik. Daripada mula mengenalinya sehinggalah hubungan bertahun-tahun, anda mungkin tidak melangkah ke satu fasa lain yakni ke alam perkahwinan.
Sebagai lelaki, anda mungkin tidak kisah hendak berkahwin pada usia berapa tetapi tidak bagi wanita semakin meningkat usia, mereka akan dikatakan anak dara tua. Sebaiknya, anda perlu berani untuk membuat satu pembaharuan dalam perhubungan.

Terlalu Menguasai

Tentu anda pernah mendengar ada pasangan yang merungut bila pasangannya mahu ‘menguasai’ tanpa berbincang. Mereka biasanya tidak mahu berkompromi dengan pasangan dan berasa hanya mereka sahaja yang benar.
Jika ini berterusan, pasangan akan membenci diri anda kerana beranggapan anda seorang keras kepala dan hanya mementingkan diri sendiri. Sebaiknya, berkompromilah kerana tidak rugi untuk berbaik dengan pasangan kerana adakala ideanya lebih baik dari idea anda.

Menafikan Hak Wanita

Umumnya, wanita dikenali sebagai insan lemah. Ada juga yang mengaitkan wanita sebagai jinak-jinak merpati. Namun demi melindungi wanita, anda jangan sesekali menafikan hak mereka khususnya untuk menyuarakan pandangan, idea dan sebagainya.
Sebagai lelaki, anda mungkin berhak tetapi berpada-padalah dengan hak tersebut kerana wanita juga punya hak mereka.

Tidak Menjaga perasaan

Lelaki bercakap lepas lazimnya tidak disukai wanita. Ini kerana hati sesuatu yang sangat sensitif dan sukar dimengertikan. Ia bersifat misteri. Jika anda berasa tidak salah tetapi ia mungkin salah pada mata orang lain.
Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur namun terlajak kata-kata buruk padahnya. Demi menjaga hati wanita yang selalu mengimpikan suami atau pasangan yang romantis, anda seharusnya pandai menjaga hati dan perasaan wanita.

Tidak Menghargai

Lelaki lazimnya jarang mahu menghargai pasangan. Bagi mereka, apa yang mereka buat sudah memadai tetapi tidak bagi golongan wanita. Wanita biasanya minta dibelai dan dimanjai. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal tetapi cukuplah sekadar satu penghargaan yang mampu membuatkan wanita tersenyum.
Secara kesimpulannya, jadilah lelaki yang paling disenangi oleh kaum wanita pasti hubungan anda akan lebih intim dan bahagia.

???? OH LELAKI ????

“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ” 

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy! 

So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain… 

Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…

Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah! 

Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda. 

So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…

Monday

JADILAH INSAN PEMAAF

 ♥ maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..
memaafkan itu lebih baik dripada berdendam..kerana dendam itu hanya menambah menyakitan hati yang telah disakiti.
----> Ungkapan MAAF mampu MENYEJUKKAN HATI yang sedang panas..mampu MENDAMAIKAN JIWA yang sedang resah gelisah..mampu MENGHILANGKAN segala rasa tidak puas hati, segala marah yang terbuku di kalbu..kemudian akan HILANG, insyaAllah..

Jadilah insan yang PEMAAF bagaikan baginda Rasulullah SAW, BELAJARLAH untuk menjadi orang yang TERLEBIH DAHULU memohon maaf walau bukan diri yang bersalah, belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa MERENDAH DIRI..

cuba menjadi insan yang LEBIH BAIK dari hari sebelumnya, Insya'ALLAH..♥♥