Tuesday

JANGAN BERHARAP PADA YANG TAK SUDI



Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya.

Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya.


Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang  seorang ahli falsafah bertanya padanya, “Kenapa kamu menangis?”

Orang itu menjawab, “Aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkanku”

Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata, “Kamu bodoh sekali!”

Lalu orang itu menjawab, “Kenapa berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku."

“Bodoh, kamu tak perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia,” kata ahli falsafah.

“Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkanku?”

Kata orang itu, “Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab ahli falsafah itu.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyum yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah

Friday

KEMAAFAN YANG MULIA

BERMAAF-MAAFAN adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?”

Allah berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”

Daripada hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh.

Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

Firman Allah lagi bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Ayat itu membuktikan bahawa orang yang menahan kemarahannya, termasuk dalam golongan Muttaqin iaitu orang yang bertakwa kepada Allah. Tambahan pula Allah akan memberikan pengampunan kepada mereka, lalu menyediakan mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya ganjaran bagi manusia pemaaf.

Kemaafan dalam Islam

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.

Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.

Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.

Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.

Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.

Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

Sunday

KAHWIN LAGI

Kawen lagi!! Nampak gayanya semakin berkurang kawan2 aku yang bujang..
Aku biler lagi??? *mood gatai* hahaha..Persoalan yang xde jawapan wat masa ni..
Tapi xpe sabar jer masanya akan tiba jugak nnti cepat ngan lambat je.. Jodoh tu kan ketentuan Allah..



Cerita pasal kawen.. Aku nak kongsi dua cerita..sambil2 tu leh kongsi ilmu..First yang atas tadi kawan aku kawen n second cerita malam tadi..

Malam tadi ada kawan saya sms saya "ya ALLAH bukakanlah pintu hati ini untuk belajar menyintai seseorang yang muncul dalam dinding hati ini. Sesungguhnya hambamu ini belum temui cinta sejati" Apa makna ni?? Layan je la shhhhhhhh...Apa yang leh saya cakap kat awk lg.. Kalau awak ada terjumpa blog saya ni awak baca la betul2 k..

 Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk Lelaki yang baik, sebaliknya Wanita jahat untuk Lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

1. Kita Diseru Untuk Memilih Pasangan Hidup

Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 1-4:
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم
يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا
(1) Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu

.
وَءاتُوا اليَتٰمىٰ أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَتَبَدَّلُوا الخَبيثَ بِالطَّيِّبِ ۖ وَلا تَأكُلوا أَموٰلَهُم إِلىٰ أَموٰلِكُم ۚ إِنَّهُ كانَ حوبًا كَبيرًا
(2) Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

وَإِن خِفتُم أَلّا تُقسِطوا فِى اليَتٰمىٰ فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِنَ النِّساءِ مَثنىٰ وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا فَوٰحِدَةً أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۚ ذٰلِكَ أَدنىٰ أَلّا تَعولوا
(3) Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

وَءاتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً ۚ فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيءٍ مِنهُ نَفسًا فَكُلوهُ هَنيـًٔا مَريـًٔا
(4) Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

Perintah Allah agar kita memilih jodoh masing-masing dan berkahwin demi mencari keredhaan-Nya dikuatkan lagi oleh hadis ini:
"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah agamanya..."

 

2. Ketentuan Tuhan

Sebuah hadis ada menyebut:
لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ
“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”
Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan.  Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita. 

“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”. Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.

Hal yang demikian itu sebenarnya merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seorang Muslim dengan lebih menyeluruh, bukan terhad hanya dalam soal hati. Ia adalah resepi kehidupan yang sempurna dalam kita mengejar kebahagiaan hidup yang hakiki. Di dunia dan di akhirat. Bersyukurlah dengan segala kurniaan-Nya. Hiduplah dengan penuh sederhana. Kerana itulah intipati kepada cara hidup Islam.

Thursday

ORANG MERAJUK ADALAH ORANG YANG POSITIF??

Pagi ni hotfm mengupas isu merajuk. Pe yang menarik tetang topik pagi ni "Orang Merajuk adalah POSITIF".. Saya sangat setuju dengan topik ni kerana kebayakan yang suka merajuk ni orang perempuan macam sya hehehe.. Disini saya nak kongsikan sedikit pe yang dikatakan POSITIF tu..


 
ORANG LELAKI kebiasaan pulang dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi sebentar, sembahyang 'asar' kemudian pegang raket badminton terus ke gimnasium beriadhah dengan sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita. Tetapi setibanya di rumah, belum sempat suami berbuat apa-apa, isteri kita sudah minta tolong belikan itu dan ini dan macam-macam lagi. Disebabkan sudah berjanji dengan sahabat untuk tepat sampai ke gimnasium jam 5.30 petang kerana sewa gimnasium bermula jam 5.30 dan juga kenalah menjaga imej sebagai seorang yang amat menepati masa, maka si suami terus sahaja memberikan alasan untuk tidak mahu pergi ke kedai beli barang dengan berkata:
 
"Eishh!, takkan benda-benda kecil itu pun abang belikan, pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long itu beli, bukan jauh pun kedai itu..."
 
Suami mula berleter dengan harapan pandangannya tadi diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat si suami menarik nafas untuk meletakkan "full stop" komennya tadi, meletup si isteri  menyembur seperti 'machine-gun' kata-kata kecewa kerana suaminya tidak mahu menolong dia. Keluarlah macam-macam peristiwa silam yang dulu-dulu itu( kesilapan-kesilapan suami tak mahu tolong dia). Sampai ke peringkat dia berkata:
 
"SAYA..., TAK MAHU LAGI MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP, PERGI BELI SENDIRI... SAYA FED-UP DENGAN ABANG!.."
 
Sambil isteri tadi masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu "Begedegum!" terus membenam(merendahkan diri/menghumbankan diri) dalam tilam nostalgia mereka itu. Suami pun terpinga-pinga(tercengang/perasaan kehairanan) dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tidak mahu ke kedai dah merajuk tidak mahu masak untuk suami!.. Pening kepala. Lagi pening kalau anak-anak juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik masing-masing melihat lakonan "heavy drama" ayah dan ibu mereka ni.
 
Suami mula naik(makin/bertambah) geram, hendak ditinggalkan terus bermain badminton, rasa pula tidak boleh hendak menumpu(kosentrasi) kepada permainan. Nak menunggu hingga isteri tu reda(tenang), entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah kadang-kadang mencecah (sampai)hingga seminggu baru si suami dapat mengorat(memikat) isteri semula. Suami pun telefon sahabat minta excuse(mintak maaf). Duduklah suami di rumah itu membereskan kerja-kerja yang si isteri tinggalkan tadi. Itupun kot-kotlah(mungkin) ada suami-suami yang nak buat.
 


Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?
 
  1. Pertama sekali, suami mesti terus mengingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19, yang bermaksud:
" ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru (menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."
 
Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri tu. Suami tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri itu tidak merajuk, maka suami terus ke gimnasium dan di sana mungkin si suami terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya.
 
2. Sebaik-baiknya, suami biarkan isteri melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya isteri lebih sabar dari suami. Banyak perkara-perkara yang menyinggung hati isteri (terasa hati) yang suami buat sebelum ini, isteri tidak marah. Isteri mengalah dan simpan. Suami pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang telah buat. Malah ada dikalangan suami yang tiada perasaan pun. Isteri itu sabar dan menyimpan semua peristiwa-peristiwa itu dalam "hardisk" mereka. Tetapi apabila hardisk itu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk isteri semburkan(lepaskan/keluarkan) kesemua 'files' kepada suami. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu isteri akan berlari masuk ke dalam bilik dan membasahi bantal(menangis) dan tidak mahu bercakap dengan suami. Dari sudut fisiologinya, isteri sudah "lega"(puas) lah tu.
 
3. Suami pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuk isteri itu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok barulah suami cuba-cuba pujuk dia. Jangan malam itu juga cuba mahu pujuk, nanti tidak pasal-pasal(tidak semena-mena) kena 'sesiku sulongnya' di dagu (kena pukulan isteri). Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tidak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula suami ego tidak mahu pujuk isteri.
 
4. Bila isteri  itu sudah mula kelihatan hendak "mengorat/tackle" suami kembali, maka cuba suami jadikan ia sesuatu yang positif. Isteri akan segan-segan silu(malu) meminta sesuatu dari suami. Kadang-kadang isteri menggunakan anak sebagai posman. Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristiwa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni, laksana mula-mula bercinta dulu. Rasa cinta akan menyegar kembali. Senyum-senyumlah padan isteri jika dia mula hendak mengorak/memberi senyum. Sentuh-sentuhlah isteri apabila dia buat-buat(sengaja) terlanggar suami. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu. Lafazkan kata cinta pada isteri.
 
5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya isteri itu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah An-Nisa' ayat 34,  untuk tindakan kita selanjutnya:
 


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan(bimbang) nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
 
6. Jangan pula kita berdoa agar isteri merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap kali suami bertemu dengan isteri:
 
" Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan".


*sumber daripada muzakarah tripod*

Tuesday

MACAM_MACAM ADA

Hari ini saya sangat boring.. Bila saya boring saya pun networking.. Bila saya networking saya pun searching.. Bila saya searching saya pun terjumpa la widget yang menarik di klik 1Malaysia.. Jadi saya pun copy n paste kat blog saya.. Yang menariknya tentang widget yang saya jumpa ni ada TV online, radio online n check tiket wayang.. Mudah dan pantas just clik sahaja..Bila da boring tahap kritikal, xde keje cari keje hasil dia blog yang sarat ni di saratkan lagi dengan widget2.. Apa2 pun yang penting kita wat apa yang kita nak..Selagi benda tu xsalah dan selagi benda tu membuatkan kita happy teruskan tanpa peduli apa yang orang katakan.. So hope enjoy.. Watcha!!

AKU BUKAN HAMBA ALLAH YANG BAIK

AKU BUKAN HAMBA ALLAH YANG BAIK
Ketika hamba Allah lain menjaga hubungan dan jarak dengan lawan jenisnya,
aku malah terbiasa duduk berdekatan dengan yang tak halal bagiku

AKU BUKAN HAMBA YANG BAIK

Ketika hamba Allah lain malu untuk menampakkan wajah dan fotonya,
aku malah sibuk meng-upload foto-foto agar dilihat semua orang

AKU BUKAN HAMBA ALLAH YANG BAIK

Ketika hamba Allah lain menjaga kata-katanya dengan baik
aku terlalu sering menyakiti hati orang lain dengan lisanku

AKU BUKAN HAMBA YANG BAIK

Ketika hamba Allah lain gelisah di saat imannya menurun
aku malah semakin lalai dengan dunia.

AKU MEMANG BUKAN HAMBA ALLAH YANG BAIK

Namun, aku berharap bisa menjadi seperti hamba Allah lain yang istiqomah berjuang untuk mendapatkan cintaNYA.

Ya Robbb....
Ampuni hambaMU yang tidak baik ini

Semoga Engkau membimbing hamba yang tidak baik ini agar menjadi lebih baik di hadapanMU.

Amin

Monday

PETUA MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) 

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

*KONGSILAH WALAU DENGAN SATU AYAT*

Tuesday

KAJISELIDIK

One day 2 ada kawan aku dari UiTM Shah Alam..Dia tengah wat research tuk thesis dia..
So dia mintak la tolong aku jadi responden tuk lengkapkan research dia.. N than aku pun terfikir
maybe ni pun merupakan salah satu teknik marketing.. Why not xtry kan.. Kebetulan lak ari minggu baru
ni upline aku ajak wat sale 4 produk etiqa.. Dia bagi aku borang kajiselidik tentang persepsi masyarakat di
Malaysia tentang simpanan dan perlindungan Takaful.. Agak memberangsangkan jugak dalam masa satu jam je leh dapat 6orang responden.. Memang meletup n mantap la.. Tapi yang sedih aku nak kongsi kat sini, purata kebanyakan orang Malaysia beragama Islam ni lebih ramai yang mempunyai insuran bukan Takaful.. N than dorang xtau yang insuran itu adalah Haram.. Bila aku terangkan balik kat durang kenapa adanya Takaful di Malaysia.. Alhamdulillah durg faham..Bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku diberi peluang untuk memberikan ilmu pengetahuan Islam kepada mereka yang memerlukan.. Semoga kita semua dilindungi kelak.. "Apa yang baik itu dari dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri sendiri"


P/S kalau ada kesempatan sila la penuhkan kajiselidik ini

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGdnOG10OHR3RU5NQXZnZkVsbTIybEE6MQ&theme=0AX42CRMsmRFbUy0yYzU1MzBkMS1jM2VkLTRjNWQtOTQ3MC1kMmU3Zjk5MmI1ZDQ&ifq


Thanks kepada sesiapa yang menyokong saya selama ni.. Adios...Watcha!!

Monday

PENGURUSAN MASA

Tahu yang anda sebenarnya mempunyai masalah untuk menguruskan masa- Mengetahui bahawa anda mempunyai masalah pengurusan masa adalah langkah pertama untuk mengubah sikap anda. Berkemungkinan kadang-kadang anda akan terlambat untuk pergi bekerja atau menghadiri aktiviti sosial, tetapi ia seharusnya tidak berlaku pada setiap hari atau setiap minggu. Sekiranya anda masih melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali, ia bermakna anda masih tidak menyedari masalah anda.
Mengambil keputusan untuk berubah
Apabila sudah mengetahui masalah sebenar, anda perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan di dalam hidup anda. Keputusan yang telah diambil perlu disertakan dengan tindakan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, mungkin anda mengambil keputusan untuk tidak lagi datang lewat ke tempat kerja, ia juga perlu disertakan dengan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan anda datang lewat seperti tidur awal, kurangkan melepak bersama rakan pada waktu malam dan sebagainya.
Tetap dengan objektif anda
Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Berkemungkinan sebulan anda mampu untuk sampai kerja awal, tetapi selepas itu ia akan kembali seperti sedia kala. Anda perlu tetap dengan objektif kehidupan. Pastikan anda selalu mengingati tujuan hidup dan sentiasa berusaha untuk mencapainya. Lama kelamaan ia akan sebati dengan cara hidup anda.
Buat senarai tugas harian 
Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catitkan apa yang harus anda lakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang anda lakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu.
Peralatan pengurusan masa 
Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak anda mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan.  Ia juga merupakan suatu perkara yang agak mustahil. Anda perlu bijak untuk menggunakan peralatan yang berada di sekeling anda dengan lebih baik. Sebagai contoh, pada zaman yang serba canggih ini, pasti setiap orang mempunyai telefon bimbit sendiri. Catatkan nota yang perlu anda lakukan atau gunakan sistem amaran peringatan(reminder) untuk mengingatkan anda melakukan sesuatu tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Bijak untuk menerima atau menolak suatu pelawaan 
Sudah pasti anda pernah mengalami situasi dimana anda sedang cuba menyiapkan kerja dan dalam masa sama rakan-rakan anda mengajak untuk keluar minum atau sebagainya. Anda seharusnya lebih bijak untuk menangani situasi ini. Anda perlu tahu kesan sekiranya anda menerima atau menolak pelawaan tersebut. Sekiranya anda menerima pelawaan tersebut tetapi ia akan menyebabkan anda terlewat untuk menyiapkan tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan, anda dinasihatkan untuk menolaknya. Urus masa anda dengan lebih bijak.
Sistematik 
Melakukan suatu tugasan dengan bersistematik dapat membantu untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Pasti sepanjang hari banyak perkara yang ingin anda lakukan selain bekerja sahaja seperti bermain dengan anak, keluar bersiar-siar dan sebagainya. Rancang masa anda dengan bersistematik supaya anda dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian anda. Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan anda daripada melalui kehidupan yang membosankan.
Dapatkan bantuan pakar 
Sekiranya anda masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguruskan masa, anda perlu mendapatkan nasihat pakar. Berkemungkinan jadual pekerjaan anda yang terlalu padat memberi kesulitan kepada anda untuk merancang masa dengan lebih baik. Pakar sudah semestinya lebih mengetahui penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.

Sunday

FAKTA TENTANG HUBUNGAN CINTA

- Kebanyakan lelaki atau wanita lebih gemar untuk memilih pasangan yang tidak mempunyai latar belakang yang sama tetapi masih boleh berkongsi minat yang sama.

- Walau bagaimana baik sekalipun sesuatu hubungan tersebut, 70% daripada masalah didalam hubungan pasti tidak akan diselesaikan. Pasangan akan terus diselubungi permasalahan yang berulang-ulang. Pada peringkat ini, komunikasi antara pasangan adalah amat penting.

- Perhubungan sebagai kekasih adalah 30% lebih mudah terputus berbanding perhubungan sebagai rakan.

- Lebih daripada 90% pasangan yang sudah berkahwin bersetuju bahawa cinta pertama pasti tidak akan berhasil.

- Jangka masa hubungan tanpa ikatan perkahwinan biasanya hanya mampu bertahan sekitar setahun berbanding pasangan yang telah berkahwin dimana perhubungan mereka akan bertahan lebih lama.

- Risiko pasangan yang menjalinkan hubungan jarak jauh untuk berpisah adalah 20% lebih tinggi berbanding pasangan yang menjalinkan hubungan jarak dekat.

- Apabila sesuatu hubungan telah terputus, masa yang diambil untuk lelaki mencari pasangan yang baru kebiasaannya lebih singkat berbanding wanita.

Wednesday

TENANGKAN DIRI

1. Keluar Mencari Kedamaian
Bila fikiran sesak dengan masalah dan rasa lemah elok untuk kita keluar mencari kawasan yang sedikit tenteram dan menikmati ketenteraman itu. Biasanya kawasan tenang ni keindahan semulajadi macam pokok hijau, air mengalir dan sebagainya.  Kedua selain tasik kalau hujan biasanya tingkap ni akan dibuka luas untuk tengok air hujan yang turun. Cuba jengah sikit tingkap tengok ke atas,tak rasa cool ke nampak hujan turun dari langit. Subhanallah keindahan alam.

2. Dengar Muzik Perlahan Yang Mendamaikan
Ini salah satu cara untuk menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Tubuh mempunyai cas-cas positif dan negatif dan bila tak berada dalam keadaan seimbang tu yang angin kus-kus moody datang. Cari alternatif dengan mendengar muzik seperti alunan Kiroro, Instrumental dan sebagainya. Memang terasa sangat tenang dan boleh tertidur. Elakkan dari mendengar lagu Linkin Park ataupun System Of A Down ( S.O.A.D ) ketika tengah stress bagi mengelakkan laptop atau music player korang dibaling ke tingkap. Tapi kalau putus cinta tu jangan duk layan lagu Perpisahan Ini dari Anuar Zain. Memang la lagu slow tapi masalah lain pula datang nanti iaitu banjir besar. Parah..parah.. Heee..

3. Makan Banyak dan Tidur
Salah satu cara yang mana diamalkan oleh pelajar-pelajar IPT ketika stress ialah makan banyak. Orang lain pun sama juga tapi mungkin kat sini aku banyak jumpa la. Ketika tengah stress pergi ke cafe berdekatan atau buka peti ais di rumah anda kemudian capai apa yang patut untuk dikunyah. Kerepek sedap gak, Johor kerepek murah. Selepas makan dengan banyak confirm rasa mengantuk akan datang dengan sendiri dan membuatkan korang tertidur lepas tu lupa sekejap perihal masalah yang ada. Namun,  ini bukanlah yang terbaik kerana tidak bagus untuk kesihatan. Makan Tido, Makan Tido ape laa.
.
4. Luahan Rasa Hati
Kalau dipendam apa yang terbuku tu kadang-kala kita tak nampak penyelesaian. Bila tengah serabut apa yang nampak hanyalah jalan ringkas sahaja. Perlunya orang kedua yang dia pun dalam keadaan waras untuk kita luahkan masalah dan cari tempat untuk bercerita. Mesti rasa lega sikit punya.
5. Muhasabah Kesilapan Diri
Bila dah agak-agak tenang tu cuba untuk bermuhasabah dengan apa kesilapan diri. Ketepikan ego untuk seketika dengan merasakan diri sentiasa betul. Kalau betul takkan la ada masalah, logik kan? Nilai balik kesilapan diri dan ambil tindakan. Tindakan ni pun kena memerlukan satu jati diri yang kuat juga, sedar tanpa tindakan tak dapat apa-apa.

6. Kembali Kepada Fitrah, Kenal Erti Syukur
Itulah yang terakhir untuk merasakan ketenangan yang jelas. Kembali kepada fitrah dengan beribadah dan berdoa. Fitrah dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali itu akan menyedarkan kita, fitrah asal yang sudah sedia ada pada manusia cuma kadang-kala terlupa. Bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun sedikit. Orang lain tak semestinya bertuah dapat apa yang kita ada. Kebijaksanaan, ilmu , harta tak semua orang ada. Walaupun kita ada sikit , hargailah sepenuhnya sebelum kita tiada apa-apa nanti. Tapi cuba juga untuk tingkatkan apa yang ada, buat peningkatan. Ini pun satu nilai yang memerlukan jati diri yang tinggi juga.

AKAL, IMAN VS NAFSU

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.


Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."


Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."


Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."


Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.


Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.


Bila nak pilih calon isteri dari ribuan WANITA..

Nafsu : Iman, aku rasa kan yang ni sesuai dengan kita..kita ni dah la miskin, makan megi je pepagi buta camni..ni aku nampak macam kaya sikit..anak Tan Sri ni..alaaa, aku tahu free hair bukan taste ko kan? Tapi nanti-nanti kita bentuk la dia bersama-sama..Yang ni pulak lagi la sesuai..memang la yang pakai sendat ni bukan taste ko kan? Tapi cuba ko bayangkan kalau ko kahwin dengan perempuan tudung labuh..ko ingat dia kurus..bukak je tudung tu yang ko nampak adalah ahli Sumo wanita yang menang peringkat antarabangsa..kesian ko..kalau yang pakai seksi dan sendat ni kita dah nampak bentuk tubuh dia..mengiurkan..kahwin sampai tua pun aku sanggup ni..

Iman : Geram je aku nak kata BENGONG..tapi sebab aku masih berimana..maka aku beristighfar banyak-banyak..aku tak kisah calon isteri aku ni kaya ke miskin ke lawa ke hodoh ke..yang aku fikir adalah agama dan akhlaknya..Nafsu, aku tahu ko bukannya betul sangat kan..bukan selalu aku boleh kawal ko..so bila sampai masanya aku dah tak mampu kawal ko maka aku berharap iman si bini aku tu la yang akan membawa aku kembali semula ke pangkal jalan..aku pun nak la anak-anak aku nanti semua soleh dan solehah..ni aku tengok kawan-kawan kita tu, ada anak yang tak reti baca Fatihah pun ada..habis solat tak sah sampai ke tua..mati masuk neraka camtu ja..kesian beb!

Monday

PEREMPUAN VS LELAKI

 PEREMPUAN
VS
LELAKI  
 
Lelaki : Mempunyai ego tersendiri dan sukar menerima pandangan orang lain terutama pasangannya..
Perempuan : Mudah terpengaruh dan menerima pandangan orang lain terutama orang yang dicintainya..

Lelaki : Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila menghadapi masalah..
Perempuan : Suka berkongsi cerita dan masalah dengan mereka yang rapat..

Lelaki : Mempunyai emosi seperti getah - sesuatu perasaan itu hanya sebentar sahaja..
Perempuan : Mempunyai emosi seperti ombak - sesuatu perasaan yang lambat redha..

Lelaki : Gemar memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa..
Perempuan : Gemar berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati..

Lelaki : Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan..
Perempuan : Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci..

Lelaki : Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel..
Perempuan : Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu..

Lelaki : Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat..
Perempuan : Mudah marah,cemburu atau merajuk apabila imej tergugat..

Lelaki : Kurang teliti apabila berkomunikasi tetapi cepat memberi pendapat..
Perempuan : Mendengar dengan teliti sebelum membuat keputusan..

Lelaki : Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan..
Perempuan : Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan..

Lelaki : Melawan dan menjauhkan diri serta membisu apabila berlaku pertengkaran..
Perempuan : Mengalah dan berpura`pura setuju dengan pasangan..

Lelaki : Tidak suka bercakap mengenai pasangannya..
Perempuan : Suka bercerita mengenai pasangannya dan menghormatinya..

Lelaki : Sukar untuk meminta maaf..tapi mudah untuk memaafi..
Perempuan : Lebih mudah untuk meminta maaf..tapi sukar untuk memaafi..

Sunday

PHOTOSHOOT AIDILADHA

Wah teruja ble aku tgk member aku upload gambar kitaorg photoshot waktu
Raya Aidiladha baru-baru ni..Nice..Cantikkk Sangat.. Thanks dearing 4 our relationship..
7years always plus + + + LOVE LOVE LOVE <3
Sweet... Adios...Watcha!!!




 Sory dear Jasmine Liana i upload dalam blog.. But the way siapa yang berminat nak cari potographer yang terbek ni..Just comment kat bawah..Harga yang murah dan berpatutan..Leh pm saya n saya akan tolong anda dapatkan kawan saya ni hehehehe...





Thursday

MENINGKATKAN 2X GANDA PENDAPATAN (PART 2)

6) Tambah maklumat baru di laman web anda: 

 Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

7) Blog:

Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: 

 Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

9) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda :  

Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.

10) Rakamkan video anda di YouTube: 

 Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

Wednesday

MENINGKATKAN 2X GANDA PENDAPATAN (PART 1)

Tips ni aku perolehi daripada Dr.Azizan Othman..
Semoga dapat berkongsi dengan korang..
Semoga bermanfaat kepada anda semua...
Hope Enjoy... Watcha!! Adios..


1) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: 
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
2) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa:  
Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

3) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: 

Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

4) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : 
  
Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

5) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: 

 Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda.

Monday

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi