Sunday

GOLONGAN KRITIKAL YANG PERLU AMBIL HIBAH BERSYARAT

GOLONGAN KRITIKAL YANG PERLU AMBIL HIBAH BERSYARAT
 
1. Pasangan Suami Isteri Yang Membeli Rumah Secara Bersama
Apabila seorang pasangan membeli secara bersama, maka di dalam SNP rumah akan ada dua bahagian pemilik bersama iaitu suami dan isteri. 50% adalah hak milik Suami maka 50% lagi milik isteri. Andai berlaku kematian kepada salah seorang antara suami atau isteri hanya separuh (50%) bayaran pinjaman akan dilunaskan oleh pihak Bank manakala separuh bahagian lagi akan terus dibayar oleh pihak suami atau isteri yang masih hidup.
 
 
Risiko terpaksa dihadapi oleh pasangan adalah apabila waris yang berhak akan menuntut harta pusaka. Akan berlaku kemungkinan pasangan tidak mampu menebus dengan harga rumah yang semakin melonjak naik. Maka rumah terpaksa di cairkan untuk membuat pembahagian harta pusaka. Hilang tempat tinggal pasangan atau anak-anak yatim yang ditinggalkan.
 
2. Pasangan Suami Isteri Yang Mempunyai Anak Angkat
Bagi pasangan yang mempunyai anak angkat, semestinya anak angkat akan dilayan sama rata dengan anak kandung. Manakala bagi pasangan yang memang tidak dikurniakan Rezeki zuriat maka akan menyanyangi anak angkat seperti anak emas. Apabila berlaku kematian kepada ibu bapa angkat, anak-anak angkat tidak layak untuk menerima bahagian pusaka si mati kerana anak angkat bukanlah waris. Waris mestilah yang mempunyai pertalian darah (nasab). Hibah lebih Fleksibel untuk dijadikan pemberian kepada anak angkat.
 
3. Suami Yang Mempunyai Poligami
Bagi suami poligami sangat indah. Tetapi akan menjadi igauan bagi isteri-isteri bila berlaku kematian ke atas suami. Semua isteri mempunyai hak yang sama ke atas pusaka suami walaupun tempoh berkhidmat untuk suami berbeza. Pewarisan biasa akan sukar dilakukan kerana kebanyakkan isteri pertama menganggap bahagian Isteri pertama mestilah lebih kerana tempoh menjalani perkhawinan adalah lebih panjang berbanding isteri lain.
 
4. Pasangan Yang Masih Mempunyai Ibu Bapa
Ibu bapa biasa tidak pernah mengharapkan harta anak-anak akan diperolehi oleh mereka. Tetapi di dalam pengurusan harta pusaka, mereka mempunyai hak yang lebih banyak berbanding isteri. Bagi ibu bapa keperluan duit untuk menanggung kos perubatan dan menanggung pengajian agama mereka adalah lebih penting.
 
5. Pasangan Yang Mempunyai Anak Orang Kurang Upaya (OKU)
Kos keperluan anak Orang Kurang Upaya (OKU) tidak sama dengan anak yang sihat dan sempurna. Anak OKU memerlukan bantuan orang lain untuk menguruskan dirinya. Sekiranya ibu bapa anak OKU ditimpa musibah mereka memerlukan kos penjagaan.
 
6. Duda Yang Berkahwin Baru
Sekiranya berlaku kematian, anak tiri dan ibu tiri akan mengalami situasi rumit untuk pembahagian harta pusaka bapa mereka. Kebiasaan anak menganggap ibu tiri tidak layak untuk menerima pusaka. Jadi untuk mengelakkan anak tiri dan ibu tiri bermasam muka, hibah kepada isteri adalah lebih baik berdasarkan ayat Al-Quran;
 
Surat Al-Baqarah Ayat 240
Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
  
7. Ahli Perniagaan
Ahli perniagaan merupakan pembayar zakat terbesar dan merupakan penyumbang kepada pembangunan ekonomi Islam. Apabila berlaku kematian kepada seorang ahli perniagaan yang memiliki saham di dalam syarikat, saham itu juga merupakan harta pusaka dan berhak dituntut oleh waris-waris mengikut hukum faraid. Sedangkan waris-waris ini mungkin tiada pengetahuan langsung tentang perniagaan dan mungkin juga tidak pernah terlibat langsung dengan aktiviti perniagaan. Keadaan ini akan menimbulkan banyak masalah dan perbalahan yang pada jangka panjangnya berpotensi menyebabkan syarikat ditutup atau terganggu operasinya.