Tuesday

MUDAH KAHWIN IKUT SYARIAT

SELASA lalu, muka depan Harian Metro memaparkan kisah penipuan seorang lelaki yang mendakwa disamun menyebabkan dia terpaksa membatalkan majlis perkahwinan yang tinggal beberapa hari lagi.
 
Dalam kes itu, lelaki berkenaan dikatakan kerugian RM18,000 sebelum menghilangkan diri dan mengakibatkan keluarga sebelah perempuan terpaksa menanggung malu berikutan majlis kenduri perkahwinan dibatalkan dan diganti dengan kenduri doa selamat.
Kes seperti ini sebenarnya banyak berlaku di negara kita, namun yang pasti ada hikmahnya dan di sebalik apa yang berlaku, pasti ada cerita kita tidak ketahui.
 
Hakikat paling utama perlu kita ketahui pada hari ini adalah cabaran yang terpaksa digalas kebanyakan anak muda zaman sekarang sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Pelbagai perkara yang berlegar di benak fikiran perlu diambil kira, terutama membabitkan soal kewangan.
Tambahan pula apabila sebahagian daripada mereka sukar mendapat pekerjaan. Gaji pula mungkin hanya cukup untuk membayar sewa rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajaran, petrol dan pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi.
 
Malah, jika dicongak keadaan sekarang, terlalu banyak godaan menggoncang iman. Tidak cukup dengan trend pakaian menjolok mata, akses tanpa sempadan ke alam siber membolehkan sesiapa saja melayari laman sesawang yang tidak bermoral tanpa mengira siang atau malam.
Lalu terjadilah kes buang bayi, pengguguran janin dan bunuh diri setiap hari membabitkan kalangan muda- mudi yang bermain cinta lantaran tidak mampu berkahwin.
 
Kerana itu, Islam menggalakkan perkahwinan untuk membina ikatan sah antara lelaki dan wanita bagi mengelak berlakunya gejala tidak sihat ini. Apabila berbicara mengenai perkahwinan, Islam sebenarnya banyak garis panduan untuk diikuti penganutnya.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau reda terhadap agama dan akhlaknya, nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” (Hadis Riwayat Tarmizi dan Ahmad) Kemudian hadis daripada Ali RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Tiga perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya.” (Hadis Riwayat Tarmizi) Pada zaman Rasulullah, pernah berlaku sebuah kisah yang menunjukkan betapa Islam itu sangat mudah apabila tiba soal perkahwinan. Kisah seorang sahabat yang miskin dan tiada apa-apa tetapi ingin mengahwini seorang wanita.
 
Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya apa yang boleh dijadikan mahar untuk mengahwini wanita itu. Lelaki itu menyatakan dia tiada apa-apa kecuali sebentuk cincin besi dan kain untuk menutupi tubuh wanita terbabit.
 
Rasulullah SAW kemudian menyatakan kepadanya supaya mengahwini wanita itu dengan bermaharkan ayat al-Quran.
Saya yakin dan percaya, masyarakat kita pada hari ini tidak sampai ke tahap miskin seperti lelaki dalam kisah ini. Kisah ini hanya untuk menggambarkan betapa apabila tiba soal perkahwinan, Islam sedaya upaya memberi jalan untuk mempermudahkannya. Kerana perkahwinan itu sebenarnya antara pintu kepada pintu pembuka rezeki.
 
Allah berfirman di dalam surah An-Nur, ayat 32, yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Antara kebaikan wanita ialah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (mas kahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani) Jika mas kahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syariatkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi bahawa pernikahan yang terbaik adalah yang paling mudah.
 
Oleh itu, permudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan kenduri yang penuh dengan kemungkaran, bermegah-megah dan pembaziran.
 
Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkat dan keredaan Allah. Itu yang perlu kita cari dan kejar.

Aku Dan Dart




 
Sabtu baru ni 03.11.2012 aku joint plak tournement Dart.. Bab kata abg2 department "Kali ni xde cite kad kuning cam men futsal ek" huhuhu.. Before tournement aku ada la jgk excited training waktu lunch n after waktu kerja.. ye la kan aku ni mna la pnh men dart.. Nak baling dart pun xtau..Tapi sejak aku keje kt tempat baru ni kira penah la tgok abg2 kt deparment ni men dart.. Ada la jugak keinginan nak men tapi disebabkan tak tahu dia punya terms aku just tengok je la durg men.. Mgkin disebabkan itu la kot aku terpilih.. Bab tengok aku mcm berminat kan.. "Malu tapi mahu" hahaha...

Punya la aku exiceted ble dpt terpilih kne men dart..so aku pun bercadang nak beli sendiri yala xsyok jugak pinjam yang orang..So aku pun meluahkan hasrat pada teman jalan ujung mggu mrangkap dedebor nak membeli dart..Hint2 nak suh teman la kan..Nasib la encik dedebor fham n bcadang pergi trus ble ujumg mggu..Bayangkan nampak sangat excited sampaikan dari sogo sanggup ke sunyaw untuk cari dart n flyers dia..Yang jadi mgsa aku sp lagi En.Amir Ridzuan my dedebor..Dengan jammed kat area jalan TAR 2 xpyh ckp la nk menghala ke sunway..Da sampai sana plak abis satu shopping kompleks sunway kami pusing punya la nak cari tempat yang kata boleh test baling..Tapi xjmpa jgk..Ats pjukan mr dedebor aku beli je la yang bese2 je yang ada kt citu..

Lebih kurang camni la rupanya tapi aku punya lagi cikai la kot huhuhu

Two week before aku memang blajar untuk luruskan tangan n blajar 'aim' number.. Sampai la aku konsisten untuk wat balingan.. Nak men dart ni kne pandai matematik ada tmbh tolak n darab.. Memang otak kene cekap la..Aku mula2 men rsa cam tolak pun da xpandai..Hahaha cmne la aku leh keje n blaja teknikal ni.. Tolak pun failed hehehehe...

Nak men dart ni term dia senang je game start mesti ada 1 kat blakang.. Exmple start from 501 or 301 or 201 cam 2 la..wat la balingan, no yang kte dapat 2 tolak2 sehingga dapat house.. House plak bukan suma no msti no genap 50, 40 - 2.. cakap banyak2 nnti korang pulak yang pening huhuhu..Tapi ini la pengalaman yang paling best aku rsa tambahan pulak aku ni suka aktiviti sukan..Kalau la pool games ada..aku la pmpuan yang pertama offer diri..
Aku da la giant nak men pool..tapi dah dapat men dart pun ok la kan still jugak masuk dalam games yang jarang pmpuan wat kan..aku xtau knp aku obses dengan games yang macamni.. K la nnti aku sambung cite plak psal tournement n Jabatan kitaorang dapat no brapa n pe kganasan aku kali ni.. Hahahaha..

Wednesday

KAD KUNING ~~~

Setelah sekian lama aku berehat dari sukan, last week aku di pilih untuk mewakili Jabatan bagi pertandingan futsal kategori perempuan.. Di sebabkan aku pekerja baru jadi mestilah kene tonjolkan kelebihan aku supaya dapat prestasi terbaik.. Ye la kan aku sekarang hanya berstatus Juruteknik Awam (KONTRAK) jadi untuk dapatkan jawatan TETAP memang kene suma pandai la.. Before ni pun aku pernah wakil kelas untuk futsal di Politeknik dulu. Walaupun da tinggal lama sukan tapi semangat sukan tu masih ada.

Jadual pertandingan tu 20hb.. Disebabkan Jabatan aku ni memang teramat susah nk cari player xpasal nma aku kne petik.. Tapi xpe la kan "Majulah Sukan Untuk Jabatan " Huhuhu... Kitaorang start training 2 hari before pertandingan.. Bayangkan da la xde orang yang pandai pasal futsal train pulak last minute..Atas pengalaman aku yang pernah men futsal aku ajar la team kitaorang cikit2 yang aku tau.. Chewahh!! Macam la ko pandai sangat..Tuiii!! Tapi ok la kan not bad de jugak pgalaman aku hehehe...

Pagi2 20hb 2..aku mula la bdebar..da la team kitaorg first kne masuk court.. Aku pun ajaklah durg wat warm up supaya xde sakit2 badan lepas lawan nanti..N than after 5min warm up ktorg di panggil untuk msuk court..Aku pun tntukan sp yg perlu jd player utama atas sbb ktorg xde ktua psukan.. so aku pun bertindak wakil ketua untuk team wnita.. First game xde masalah untuk menang bab team lawan wlaupun bdan suma cantik mcm org bsukan durg ni agk slow.. So kitorg menang 1-0..
 
After 15min berehat masuk lg court untuk second game, ktorng kalah 1-0 bab lawan team cik kak berbadan tegap..Penguatkuasa dol :) lagipun ktorg da 2nd games durg bru 1st games tgh exited cam ktorg 1st games gitu..Walaupun durg suma da brumur tapi when durg bdiri even kne langgar pn team ktorg yang terpelanting huhu.. Tapi ksian sorg kakak pguatkuasa ni de terjatuh atas sbb ktidaksengajaan aku sepak kaki dia..Sory ek kak :) Adatlah bertanding men futsal plop 2..
 
Xlma dalam 15min abis games second, ktorg di panggil lagi.. Aku mula la bsing bab ktorg xsempat nk rest nk kne masuk balik..Cam sabotaj je nk kalahkan ktorg..Tapi team ktorg di tenangkan oleh team laki..durg ckap prasaan ktorg jer 2..N than ktorg masuk la court yg sma dgn Refree yg sma.. Nsib la Refree hensome boy.. Yang best pasal Refree ni tiap2 kali games dia bg team ktorg start sepak bola dulu.. Thanks la abg Refree..Siap bagi pesanan lagi men bagi menang katanya boleh rileks..Men la ktorg seperti biasa.. 3rd games ni ktorg seri 0-0..Ye la lagipun da pncit kot 3kali games..Mau la xpncit train pun 2 ari jer..
 
Xlama abis games, cam biasa la tgok games team lelaki.. Abis 1games durg, ktorg masuk lagi untuk yang terakhir kali.. Kali ni lawan dengan team yang digeruni Perkhidmatan Korporat sbb durg ni memang ada team futsal katanya..So mind kne kental waktu ni bab pasukan laki durg saiko dari luar..
Dalam byk2 team lawan ni la paling sengit.. Xlama dalam 3min pertama aku berjaya jaringkan gol.. Apa lagi memang kne guard la aku nk ke kiri nk ke kanan xboleh asal aku nk lari je dari team lawan durg pasukan laki team lawan yang luar menjerit suruh guard aku.. Agak presure jugak waktu 2.. After 5min lawan Refree pun tiup wisel tanda tukar goal..
 
                                    
 
Masuk je dalam 3min masa kdua aku mula rimas kne guard.. N than bola pun sampai ke budak yang guard aku 2.. Aku pun cuba merampas bola dari budak 2.. Tibe2 aku tersepak kaki dia n tergolek la budak 2 macam buah nangka yang xbp nk ranum..Kelab penyokong durang mula la menjerit kad kuning beramai2.. N than pengadil 2 pun mencari aku dengan mengeluarkan sesuatu dari poket.. Nah!! terselah kad kuning pada tangan Refree..
 
 

 
 
Dalam hati aku pun punya la terkejut..Selama aku main xpnh pulak dapat kad kuning.. Aku monolog sendiri.. 1st perempuan yang dapat kad kuning n 1st player yang rasmikan kad kuning ari 2..Memang catat sejarah la..Penyokong kat luar mula beremosi.. Macam2 yang kluar..Ni bukan padang ragbi la..Tiba2 Refree yang kuar kad kuning datang menghampiri aku n tanya ok ker ni sya bg kad kuning.. Aku pun tunduk ke bawah konon2 nk ikat tali kasut sambil tersenyum n dalam ati cakap "De jgk pengadil camni kan" n than ktorg truskan games ni..Waktu nk trus games ni aku da mula gelabah fikir camne nk elak diri dari kne budak 2 lagi.. Tapi team lelaki ktorng mula bagi support " Baru kad kuning lum kad merah" Wah betul jugak.. Tibe2 smgat datang balik nk truskan perlawanan.. N games berakhir dgn seri 1-1..
 
Tapi team ktorng sangat puas ati walaupun 1st time main futsal tp still dapat no 3..Walaupun bukan penyandang juara tapi not bad la kan dapat no.. Next year ktorang akan cuba yang terbaik supaya leh menyandang gelaran juara..Adiosss!!
 
 

Tuesday

Kata-Kata Hikmat

 
 

 

sentiasa berfikiran positive apabila anda di uji...

masalah akan menjadikan kita lebih dewasa...
 
kesilapan yang ditakdirkan utk kita belajar agar menjadi lebih baik dari sebelum nya...

Sunday

Mensyukuri Nikmat Dunia ~~

Wah dah lma rsa xupdate blog ni..rndu plak nk menaip huhuhu.. 

Aku seperti biasa masih berpijak di bumi yang nyata.. Alhamdulillah masih bernyawa.. Masih lagi dapat merasa nikmatnya dunia yang sangat sempurna dan indah ciptaaNya. Semoga aku tetap menjadi hamba yang bersyukur dengan setiap kurniaanNya..

Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi memberi peluang kepadaku untuk terus berada di Negara Tercinta yang aman serta sentosa..Semoga Negara Malaysia akan sentiasa aman hendaknya kerana apa sahaja yang berlaku adalah atas kehendakMu wahai Yang Maha Esa..

Alhamdulillah Maha suci Allah telah mengurniakan rezeki kepadaku dengan pekerjaan yang telah lama aku idamkan..Hebatnya kuasaMu telah menambahkan keyakinanku untuk berusaha ke arah itu..
Syukur padaMu Ya Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan dunia meskipun aku hanyalah hamba yang menumpang di atas bumi ciptaanMu.

Malunya aku sebagai hamba yang selalu mengingkari suruhanMu.. Begitu indah kasih sayangMu tidak pernah melupakan kebajikan kepada  hambaMu meskipun aku selalu alpa dan melupakanMu. Ya Allah ampunkan hambaMu ini..Sesungguhnya hambaMu ini terlalu jahil tentang Ilmu kekuasaanMu..Wahai yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, semoga Egkau terus menerima hamba yang hina ini dan semoga aku terus dilindungiMu Ya Allah.. Amin...


 

Thursday

JANJI ALLAH UNTUK YG INGIN BERKAHWIN


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan..
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai  gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah  dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.(Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan  guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah  menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Sunday

APA BENAR KAU LELAKI??

Dalam kamus hidup seorang mukmin memang wujud perkataan 'mati'....
Tapi tidak pernah wujud perkataan 'kalah'......
Dalam kamus hidup seorang mukmin memang wujud perkataan 'lemah lembut'....
Tapi tidak pernah wujud perkataan 'pengecut'.......

Islam datang mengajarkan lelaki utk menjadi lelaki,
Dan juga datang utk mengajarkan perempuan menjadi perempuan.....

Lelaki mukmin adalah lelaki sebenar,
Bukan pondan,bukan pengecut,bukan yang lari dari tanggungjawab.....
Lelaki mukmin yg sebenar ialah lelaki bertanggungjawab,
Mereka adalah pemimpin gagah,
7 langit dan bumi tunduk pada mereka...

10 org lelaki mengalahkan seorang lelaki adalah kehinaan..
Tapi seorang lelaki yg kalah dgn 10 lelaki adalah kemuliaan!

Celaka!

Wahai yg mengaku lelaki!

Apa benar kau lelaki?????????!!!

Atau kau cuma hebat di pandangan golongan lemah,kanak2,wanita,org tua???

Lelaki yg lari dari tggjawab sebenarnya tidak setaraf dgn perempuan sekalipun!
Berapa ramai pondan2 dlm dunia ni yg berzina merosakkan dara para muslimah kekasih rasulullah lalu lari dari tggjwabnya?
Sungguh,jgn pernah kau mengaku diri kau lelaki wahai bapuk.....

Lelaki yg sebenar hatinya umpama besi,
Tidak pernah gentar walaupun dikerumuni,
Tidak pernah ada pktaan 'lari',
Kerana LELAKI lah yg menjadi nabi,
Dan sahabatnya lah yg telah menakluk bumi!!!

Kalau benar kau lelaki,
Kita ada imam terakhir bernama al-Mahdi,
Hanya yg benar lelaki akan menjadi gagah berani,
Tapi syrat ptma ialah jgn lari,
Bertgjwblah atas ketelanjuran diri,
Baru layak kau tunjuk muka pada kami.....

Sedih dengar rintihan para muslimah tentang lelaki yg jadikan mereka sbg hamba nafsu mereka,merosakkan hdup mreka dgn jnji2 manis utk mnjadi suami,tp akhirnya lari jnji tinggal mimpi....
Sungguh mreka itu bukan lelaki,mreka itu bapuk bertopengkan lelaki,
Kerana lelaki bkn pngcut spti itu,
Kerana lelaki itu pelindung wanita,
Bkn perosak mereka,

Aku benci melihat lelaki dayus,
Di mata dunia dia kelihtan berani,
Kononnya gengster,
Tapi cuma berani dgn bini sdri,
Pkul bini smpai nak mati,
Tpi bila berdepan dgn lelaki,
Dia mula telefon geng2nya utk menang sndiri...

Celaka!wujud lagikah lelaki sbnr dlm dunia ni??

Wujud lg kah lelaki spti khalid al walid yg menghancurkan 60ribu lelaki bersenjata lengkap hanya dgn 60 pengikutnya?

Wujud lg kah lelaki spti saidina umar yg cuma dgn namanya shja dpt menggentarkan hati tntera rom dan parsi?

Wujud lg kah lelaki spti ibn umar yg memimpin 1000 tentera pemuda menghancurkan 100 ribu tentera lelaki rom bersenjata lengkap?

Di mana para lelaki?????

Yang korang tau cuma tnjuk kuat dpn pmpuan?
Merosakkan dara pmpuan dan lari xnk tggjwb?
Korang memang hina!

Seorang lelaki digelar lelaki apabila hatinya mcm keluli,
Menjaga maruah muslimah umpama nyawa sendiri,
Sperti shbt nabi yg syahid dibnuh di pasar yahudi,
Kerana dia tlihat seorang muslimah diganggu lelaki keji,
Lalu dia menerkam menebas leher si yahudi..

Berita itu smpai kepada nabi,
Nabi tidak marah bila dicaci maki,
Nabi tidak marah jika shbtnya diseksa dikeji,
Tapi nabi mngamuk apabila dgr mruah seorang muslimah dicemari!
Lalu nabi kmpulkan para lelaki berani,
Menghncurkan slruh kampung yahudi tadi,
Sbg utk mblas dndam kerana mnghina muslimah kami...

Maka kalian fkir!
Wujud lagi kah lelaki spti ini?????

Atau yg wujud cuma dayus2 yg tiada harga diri!
Aku lelaki,dan aku bangga menjadi lelaki,
Kalau korang masih bapuk,masih ada masa utk perbaiki diri...

Setiap hati lelaki ada pedang,
Cuma bergntung pd kita mahu asah ia atau biar ia tumpul...

Aku langsung tiada keyakinan bapuk2 ini akn mnjadi tntera mahdi......
Bangun wahai lelaki!
Jadilah kebanggaan rasulullah!

Lelaki bapuk ialah lelaki yg tidak solat di msjid,
Lelaki bapuk ialah lelaki yg pkul bini,
Lelaki bapuk ialah lelaki yg x peduli pergaulan ank bni,
Lelaki bapuk ialah lelaki penzina yg lari dri tggjwb,
Lelaki bapuk ialah lelaki yg panggil geng utk tnjuk kuat,
Lelaki bapuk ialah lelaki yg lari dari msalah,
Lelaki bapuk ialah lelaki yg tidak bermaruah,
Lelaki bapuk ialah lelaki yg tidak mnjaga maruah muslimah,
Lelaki bapuk ialah lelaki yg pngecut....tak berani nk tinggal bini dalam memperjuangkan agama Allah.

JODOH = USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"



Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Wednesday

~LELAKI DULU DAN LELAKI SEKARANG~

Lelaki
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Srikandi,
Damsyik, Syria

* Dipetik dari novel ‘Syabab Musafir Kasih’
Karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Friday

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN LELAKI

Lazimnya, dalam menjalinkan dalam sesuatu perhubungan, ada beberapa kesilapan yang jarang lelaki perhatikan. Bagi mereka, ia hal biasa dan telalu remeh untuk difikirkan tetapi tidak pula bagi pasangan mereka.
Akibat kesilapan yang dilakukan ini, pasangan mereka beranggapan lelaki yang mereka cintai itu sudah berubah hati atau mungkin sudah mempunyai pengganti baru yang lebih baik daripadanya.
Antara kesilapan-kesilapan yang sering kali dilakukan oleh lelaki dalam menjalinkan hubungan adalah antara berikut :

Pentingkan Diri

Hal ini merangkumi pelbagai aspek misalannya, pakaian berjenama, soal seksual dan pelbagai aspek lagi. Bila anda mementingkan diri sendiri bermakna anda merosakkan hati wanita yang mungkin mencintai anda setulus hatinya.

Memaksa Pasangan

Tanya pada diri anda, adakah anda suka orang memaksa diri anda? Tentu jawapannya tidak. Tiada siapa pun yang suka dirinya dipaksa malah ada juga yang menganggap ia dianggap perlakuan ganas. Justeru itu, kalau anda tidak suka diperlakukan begitu, samalah seperti pasangan anda juga.
Paksaan ini mungkin merangkumi soal berpakaian, penampilan diri, melakukan aktiviti yang tidak disenangi wanita dan sebagainya. Jadilah lelaki yang baik di mata wanita kerana anda akan lebih disayangi.

Berubah Watak

Lelaki budiman lazimkan dikaitkan dengan lelaki yang sangat baik. Namun awas, ada lelaki tampak budiman hanya di hadapan anda dan kemudiannya berubah watak di belakang. Itu hanya sebagai taktiknya untuk memikat.
Wanita suka akan lelaki yang pandai bergurau dan sesekali membuat humor dan anda tidak perlu menjadi lelaki ‘kebodoh-bodohan’.

Tiada Variasi

Umumnya, sesiapa sahaja akan berasa bosan jika hubungan agak statik. Daripada mula mengenalinya sehinggalah hubungan bertahun-tahun, anda mungkin tidak melangkah ke satu fasa lain yakni ke alam perkahwinan.
Sebagai lelaki, anda mungkin tidak kisah hendak berkahwin pada usia berapa tetapi tidak bagi wanita semakin meningkat usia, mereka akan dikatakan anak dara tua. Sebaiknya, anda perlu berani untuk membuat satu pembaharuan dalam perhubungan.

Terlalu Menguasai

Tentu anda pernah mendengar ada pasangan yang merungut bila pasangannya mahu ‘menguasai’ tanpa berbincang. Mereka biasanya tidak mahu berkompromi dengan pasangan dan berasa hanya mereka sahaja yang benar.
Jika ini berterusan, pasangan akan membenci diri anda kerana beranggapan anda seorang keras kepala dan hanya mementingkan diri sendiri. Sebaiknya, berkompromilah kerana tidak rugi untuk berbaik dengan pasangan kerana adakala ideanya lebih baik dari idea anda.

Menafikan Hak Wanita

Umumnya, wanita dikenali sebagai insan lemah. Ada juga yang mengaitkan wanita sebagai jinak-jinak merpati. Namun demi melindungi wanita, anda jangan sesekali menafikan hak mereka khususnya untuk menyuarakan pandangan, idea dan sebagainya.
Sebagai lelaki, anda mungkin berhak tetapi berpada-padalah dengan hak tersebut kerana wanita juga punya hak mereka.

Tidak Menjaga perasaan

Lelaki bercakap lepas lazimnya tidak disukai wanita. Ini kerana hati sesuatu yang sangat sensitif dan sukar dimengertikan. Ia bersifat misteri. Jika anda berasa tidak salah tetapi ia mungkin salah pada mata orang lain.
Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur namun terlajak kata-kata buruk padahnya. Demi menjaga hati wanita yang selalu mengimpikan suami atau pasangan yang romantis, anda seharusnya pandai menjaga hati dan perasaan wanita.

Tidak Menghargai

Lelaki lazimnya jarang mahu menghargai pasangan. Bagi mereka, apa yang mereka buat sudah memadai tetapi tidak bagi golongan wanita. Wanita biasanya minta dibelai dan dimanjai. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal tetapi cukuplah sekadar satu penghargaan yang mampu membuatkan wanita tersenyum.
Secara kesimpulannya, jadilah lelaki yang paling disenangi oleh kaum wanita pasti hubungan anda akan lebih intim dan bahagia.

???? OH LELAKI ????

“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ” 

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy! 

So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain… 

Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…

Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah! 

Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda. 

So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…

Monday

JADILAH INSAN PEMAAF

 ♥ maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..
memaafkan itu lebih baik dripada berdendam..kerana dendam itu hanya menambah menyakitan hati yang telah disakiti.
----> Ungkapan MAAF mampu MENYEJUKKAN HATI yang sedang panas..mampu MENDAMAIKAN JIWA yang sedang resah gelisah..mampu MENGHILANGKAN segala rasa tidak puas hati, segala marah yang terbuku di kalbu..kemudian akan HILANG, insyaAllah..

Jadilah insan yang PEMAAF bagaikan baginda Rasulullah SAW, BELAJARLAH untuk menjadi orang yang TERLEBIH DAHULU memohon maaf walau bukan diri yang bersalah, belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa MERENDAH DIRI..

cuba menjadi insan yang LEBIH BAIK dari hari sebelumnya, Insya'ALLAH..♥♥

Sunday

DONT BE SAD

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi 

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera 

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus

Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim

Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Friday

Untuk Dia (Sang Mantan)


Posted by PDH | March - 21 - 2012 | 0 Comment Jom Share!266Number of View :2588

KONGSIKAN!
Assalamualaikum..
Kehadapan sang mantan yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah
Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.
Sang Mantan,
Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, apa perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.
Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun pada bulan Ramadhan? Pernah tak?
Pernah tak kita berasa malu, ketika kau memegang pinggang dan bahu ku ketika bersiar-siar di shopping complex? Pernah tak kita berasa malu memasuki pusat karaoke berdua? Pernah tak?
Semua tu terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku. Pada mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha. Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?
Sang Mantan,
Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan terhadap kaum Adam, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.
 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
           “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya  adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
 Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”
Sang Mantan,
Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya Allah..
Kau masih tidak sedar akan semuanya itu. Kau sedang leka bersama cinta hatimu. Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa.
Cinta tidak buta seperti yang diperkatakan orang lain. Cinta yang menyebabkan kita buta. Kita yang buta selepas tenggelam di dasar lautan cinta yang paling dalam. Kita. Bukan salah mereka.
Oleh itu sang Mantan..
Bertaubatlah. Kembali pada Allah. Masih belum terlambat sebenarnya. Sedarlah akan dosa-dosa silammu sementara jantungmu masih berdegup, sementara nafasmu belum terhenti. Kembalilah bersama Allah. Jangan sesekali leka sekali lagi dengan dunia cinta.
Jika kamu terlalu menyayangi cinta barumu itu, bimbinglah dia bersama-sama untuk kembali menjalankan perintah Allah. Lamarlah dia sebagai isterimu. Jangan berikan harapan palsu sebagaimana kau pernah berikan padaku dulu. Jadikan dia sebagai yang halal untukmu. Aku berdoa.
Untuk menerimamu kembali, untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku mencintai Allah.
Aku takut sangat-sangat. Ketakutan ini aku tidak pernah rasa pada suatu masa dulu.
 Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hati kau untuk bertaubat dan kembali mengerjakan perintah Allah. Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku, menyerahkan dirinya di lembah neraka.
Wassalam,
Warkah wanita yang ingin berubah menjadi solehah.

Tuesday

BUKAN DOA KAMU YANG MAKBUL SBEBENARNYA









BERKONGSI…
Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya.  
Bercakap fasal doa,
 
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya
.  
Cerita yang saya dengar itu begini:
 
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
 
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
 
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
 
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
 
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
 
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
 
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah.

Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
 
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
 
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
 
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
 
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
 
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
 
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
 
MasyaALLAH…
 
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
 
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
 
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
 
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
 
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
 
"Doa aku makbul seh!"
 
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun
."  
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
 
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
 
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
 
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
 
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
 
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
 
Semoga bermanfaat note ini.
 
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
 
Semoga Allah redha dengan kita.
 
AMIN….
Sarie
 

--

Yusli Yaakob

RMIT Bundoora East
Melbourne

MAAFKAN MEREKA

Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. 

Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.
Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul.

Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini, walaupun bilangannya mungkin tidak begitu ramai? Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu ialah orang-orang yang begitu hampir dengan kita?
Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN. Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan.
Adakah kita merasakan kebencian kita itu menguntungkan kita atau akan merugikan mereka? 

Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan dan kedamaian dari hati nurani kita? 

Bahkan setiapkali kebencian mula bertahkta dan menguasai hati maka hati kita itu akan makin keras, gersang, kasar dan merosak air muka kita. 

Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur kita tidak lagi merehatkan jiwa kita untuk mendepani hari baru. Jadi, nyatakan pada saya, apa untungnya kebencian dan kemarahan kita itu kalau bukan menambahkan penderitaan keatas penderitaan yang sudah sedia ada?
Jadi, MAAFKAN MEREKA kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak berkurang. Apa yang kita harapkan dari kehidupan begini?
MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan dan setiapkali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.
MAAFKAN MEREKA, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukirkan kesenyuman dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk hormat dan malu kepada kita.

Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik. Maknanya, setiap tindakan kita perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran diatas usaha dan kesabaran kita.

Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka
Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara
Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi

Sumber: http://www.langitilahi.com/

10 LELAKI WAJIB DI JAUHI

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.  

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk, lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita. Anda tidak nampak ciri kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

Monday

APA ERTI WANITA SOLEHAH

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.

Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim    :  Siapakah kamu? 
Menantu          :  Aku isteri Ismail. 

Nabi Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail? 
Menantu           :  Dia pergi berburu. 
Nabi Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? 
Menantu          : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak  pernah senang dan lapang. 
Nabi Ibrahim    :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya   menceraikan isterinya). 
Menantu          :  Ya, baiklah.
Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail       : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? 
Isteri               :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 

Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 
Isteri                :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang. 
Nabi Ismail      :  Adakah dia berpesan apa-apa? 
Isteri               :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu. 
Nabi Ismail       :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.

Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.
Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim     :  Dimana suamimu? 
Menantu           :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. 

Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan? 
Menantu           :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang. 
Nabi Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu. 
Menantu           :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan sedikit  makanan. 
Nabi Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan? 
Menantu           :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. 
Nabi Ibrahim     :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah 
berkat doa Nabi Ibrahim). 
Nabi Ibrahim   :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail       :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? 
Isteri               :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya sepertimu. 

Nabi Ismail       :  Apa katanya? 
Isteri               :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 
Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 
Isteri               :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum. 
Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? 
Isteri               :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu. 
Nabi Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan. 
Isteri               :  Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran.
Berpandukan sejarah  tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  solehah. Isteri solehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri solehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.