Thursday

TIPS MEMILIH TAKAFUL


1.KENALPASTI KEPERLUAN/ TUJUAN AMBIL TAKAFUL
Anda disarankan membuat perlindungan mengikut susunan keperluan berikut:-
• Perlupusan Hutang
• Perlindungan Pendapatan
• Kad Perubatan
Jika keperluan anda untuk membayar hutang, maka buatlah perlindungan perlupusan hutang. Jika keperluan anda untuk penggantian pendapatan maka buatlah perlindungan pendapatan.
Semak semula kewangan anda dan senaraikan hutang anda. Anda haruslah memastikan hutang anda kesemuanya mempunyai perlindungan. Jika semua hutang telah dilindung saya percaya emosi anda akan berada dalam keadaan tenang.
Sesungguhnya roh orang yang berhutang, akan tergantung tidak diterima langit dan bumi.
2.KENALPASTI KEPERLUAN RISIKO ANDA
Ada 3 (Tiga) Risiko Kewangan yang kebiasaan kita hadapi iaitu:
i. Meninggal Muda
ii. Sakit Kritikal
iii. Hidup Terlalu Lama
Di Takaful kita mampu mengurangkan impak risiko kewangan kita bila berlaku risiko di atas.
Bila Kita Meninggal Takaful Bayar
Bila Kita Sakit Takaful Bayar
Bila Kita Pencen Takaful Bayar
Bila Anak Nak Masuk Universiti Takaful Bayar
3.MEMAHAMI CIRI-CIRI TAKAFUL YANG DIPERLUKAN
Anda disarankan memahami apa pelan asas dan pelan tambahan di dalam sesuatu polisi. Jangan lupa juga memahami ketetapan pemilik pampasan kita adakah menggunakan konsep hibah atau penama.
4.ANDA YANG TENTUKAN SENDIRI
Jika anda mempunyai bajet sendiri, anda boleh meminta pandangan ejen Takaful kerana mencarum di Takaful memerlukan komitmen yang panjang.
5.PILIH EJEN YANG MENEPATI KEHENDAK ANDA
Ada peserta yang lebih selesa memilih ejen dari kalangan kawan-kawan atau orang yang tidak dikenali. Apa atau siapa pilihan ejen anda, yang penting anda ambil la sekurangnya perlindungan asas bagi menjamin masa depan keluarga anda.
“PERLINDUNGAN YANG BAIK ADALAH MENGIKUT KEPERLUAN ANDA DAN MAMPU BAYAR”

KEWUJUDAN TAKAFUL

 BAGAIMANA TAKAFUL DIWUJUDKAN

Amalan awal takaful adalah dijelaskan di dalam Piagam Madinah (Mithaq Al-Madina) pada zaman nabi dimana dalam sebahagian di dalam perjanjian menceritakan pembayaran diyat (tebusan yang terbunuh) secara adil.
Selain daripada itu, dalam satu hadith menceritakan Nabi Muhammad pernah memuji pengikut Abu Musa (yang dinamakan Al-Asy'ariyyin) disebutkan dalam hadits sebagai orang-orang yang senang tolong-menolong. Pengikut Abu Musa ketika itu ada yang kekurangan makanan lalu mereka menggumpulkan makanan dan membahagikan secara sama rata.
Maka jelas konsep Takaful sekarang peserta akan menyumbang ke dalam tabung Tabaruk dan bersetuju untuk membantu antara satu sama lain jika salah seorang daripada penyumbang memerlukan.
SURAH MAIDAH AYAT 2:-
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keridhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya


HIBAH DAN MEDIKAL KAD. MANA LEBIH PENTING?

 HUSBEN SAYA NAK MEDIKAL KAD TAK NAK HIBAH

Ada juga klien mmy yg mengadu suami dia xnak amik hibah nak ambil medikal kad dulu sbb ada agent suh amik medikal kad murah.
Kesian klien tuh.. Frust betul dia.
Actually, mmy selalu nasihatkan klien and tanya klien, u keje gov then u banyak hutang, banyak komitmen, banyak tanggungan, apa keperluan u nak ambil medikal kad?
Sedangkan hospital gov akan utamakan orang yg ada GL" Guarantee Letter".
Keperluan u sekarang pelupusan hutang atau penggantian pendapatan. Kalau husben tak nak ambil, u ambilkan tuk husben. Tak pe la u keluarkan duit sedikit sekarang supaya bila husben u tak de, tak de la akan susahkan u..
Kalau rasa u sayang husben, xnak husben tersiksa sebab u hari2 merintih salahkan Allah, hari2 tanya Allah knp ambil husben u.
Then Untuk u, kena ambil juga sebab bila u lumpuh, u nak suh husben u jaga u sepanjang hari atau u nak bagi husben gi keje tinggalkan u jga dri sendri? Mana pilihan u?
Sahabat yang jadi agent, sila ambil tahu keperluan klien, advice klien betul2. jangan la semata kita nak lakukan produk masing2.
Untuk yang tengah mencari perlindungan pula cari la mana2 syarikat pun, yang penting kita ada perlindungan. kena pentingkan yang penting dulu. Ikutlah turutan yang betul
1. Perlupusan hutang
2. Penggantian pendapatan
3. Medikal Kad