Thursday

ORANG MERAJUK ADALAH ORANG YANG POSITIF??

Pagi ni hotfm mengupas isu merajuk. Pe yang menarik tetang topik pagi ni "Orang Merajuk adalah POSITIF".. Saya sangat setuju dengan topik ni kerana kebayakan yang suka merajuk ni orang perempuan macam sya hehehe.. Disini saya nak kongsikan sedikit pe yang dikatakan POSITIF tu..


 
ORANG LELAKI kebiasaan pulang dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi sebentar, sembahyang 'asar' kemudian pegang raket badminton terus ke gimnasium beriadhah dengan sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita. Tetapi setibanya di rumah, belum sempat suami berbuat apa-apa, isteri kita sudah minta tolong belikan itu dan ini dan macam-macam lagi. Disebabkan sudah berjanji dengan sahabat untuk tepat sampai ke gimnasium jam 5.30 petang kerana sewa gimnasium bermula jam 5.30 dan juga kenalah menjaga imej sebagai seorang yang amat menepati masa, maka si suami terus sahaja memberikan alasan untuk tidak mahu pergi ke kedai beli barang dengan berkata:
 
"Eishh!, takkan benda-benda kecil itu pun abang belikan, pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long itu beli, bukan jauh pun kedai itu..."
 
Suami mula berleter dengan harapan pandangannya tadi diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat si suami menarik nafas untuk meletakkan "full stop" komennya tadi, meletup si isteri  menyembur seperti 'machine-gun' kata-kata kecewa kerana suaminya tidak mahu menolong dia. Keluarlah macam-macam peristiwa silam yang dulu-dulu itu( kesilapan-kesilapan suami tak mahu tolong dia). Sampai ke peringkat dia berkata:
 
"SAYA..., TAK MAHU LAGI MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP, PERGI BELI SENDIRI... SAYA FED-UP DENGAN ABANG!.."
 
Sambil isteri tadi masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu "Begedegum!" terus membenam(merendahkan diri/menghumbankan diri) dalam tilam nostalgia mereka itu. Suami pun terpinga-pinga(tercengang/perasaan kehairanan) dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tidak mahu ke kedai dah merajuk tidak mahu masak untuk suami!.. Pening kepala. Lagi pening kalau anak-anak juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik masing-masing melihat lakonan "heavy drama" ayah dan ibu mereka ni.
 
Suami mula naik(makin/bertambah) geram, hendak ditinggalkan terus bermain badminton, rasa pula tidak boleh hendak menumpu(kosentrasi) kepada permainan. Nak menunggu hingga isteri tu reda(tenang), entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah kadang-kadang mencecah (sampai)hingga seminggu baru si suami dapat mengorat(memikat) isteri semula. Suami pun telefon sahabat minta excuse(mintak maaf). Duduklah suami di rumah itu membereskan kerja-kerja yang si isteri tinggalkan tadi. Itupun kot-kotlah(mungkin) ada suami-suami yang nak buat.
 


Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?
 
  1. Pertama sekali, suami mesti terus mengingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19, yang bermaksud:
" ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru (menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."
 
Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri tu. Suami tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri itu tidak merajuk, maka suami terus ke gimnasium dan di sana mungkin si suami terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya.
 
2. Sebaik-baiknya, suami biarkan isteri melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya isteri lebih sabar dari suami. Banyak perkara-perkara yang menyinggung hati isteri (terasa hati) yang suami buat sebelum ini, isteri tidak marah. Isteri mengalah dan simpan. Suami pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang telah buat. Malah ada dikalangan suami yang tiada perasaan pun. Isteri itu sabar dan menyimpan semua peristiwa-peristiwa itu dalam "hardisk" mereka. Tetapi apabila hardisk itu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk isteri semburkan(lepaskan/keluarkan) kesemua 'files' kepada suami. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu isteri akan berlari masuk ke dalam bilik dan membasahi bantal(menangis) dan tidak mahu bercakap dengan suami. Dari sudut fisiologinya, isteri sudah "lega"(puas) lah tu.
 
3. Suami pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuk isteri itu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok barulah suami cuba-cuba pujuk dia. Jangan malam itu juga cuba mahu pujuk, nanti tidak pasal-pasal(tidak semena-mena) kena 'sesiku sulongnya' di dagu (kena pukulan isteri). Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tidak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula suami ego tidak mahu pujuk isteri.
 
4. Bila isteri  itu sudah mula kelihatan hendak "mengorat/tackle" suami kembali, maka cuba suami jadikan ia sesuatu yang positif. Isteri akan segan-segan silu(malu) meminta sesuatu dari suami. Kadang-kadang isteri menggunakan anak sebagai posman. Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristiwa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni, laksana mula-mula bercinta dulu. Rasa cinta akan menyegar kembali. Senyum-senyumlah padan isteri jika dia mula hendak mengorak/memberi senyum. Sentuh-sentuhlah isteri apabila dia buat-buat(sengaja) terlanggar suami. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu. Lafazkan kata cinta pada isteri.
 
5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya isteri itu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah An-Nisa' ayat 34,  untuk tindakan kita selanjutnya:
 


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan(bimbang) nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
 
6. Jangan pula kita berdoa agar isteri merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap kali suami bertemu dengan isteri:
 
" Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan".


*sumber daripada muzakarah tripod*

No comments:

Post a Comment