Wednesday

DEMO LONI XSUPO MULO..

Kantung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kempis lagi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman denda RM62,500 atas kesalahan tindakan liar penyokong The Red Warriors pada perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu pada 15 Januari lalu.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman selepas mempengerusikan mesyuarat bagi membicarakan kes itu di Wisma FAM semalam.
Hukuman yang dikenakan itu berdasarkan empat pertuduhan oleh jawatankuasa itu selepas mengumpul segala bukti mengenai kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong Kelantan.
KAFA dikenakan hukuman denda RM20,000 bagi kesalahan penyokong mereka membaling mercun di dalam stadium, RM20,000 bagi kesalahan penyokong melontar objek ke arah penyokong JDT, RM2,500 bagi kesalahan penyokong melontar objek di luar padang dan RM20,000 bagi kesalahan gagal mengambil langkah keselamatan.

Malah pasukan juara tiga gelaran musim lalu itu juga bakal berdepan hukuman tambahan beraksi tanpa penonton selepas ini jika kejadian sama berulang kembali.

“Pihak KAFA tidak mengaku salah dengan kesemua pertuduhan itu tapi dengan bukti yang kami peroleh serta laporan pegawai perlawanan, kami berpuas hati dan membuat keputusan bahawa Kelantan bersalah.

“Selepas ini pihak Jawatankuasa Tatatertib akan mengawasi perlawanan Kelantan di Kota Bharu (menentang Perak pada 1 Mac) dan sekiranya masih berlaku kekecohan mereka boleh dikenakan hukuman beraksi tanpa penonton pada perlawanan seterusnya. Buat masa ini kami menangguhkan dulu hukuman itu bagi memberi peluang kepada Kelantan,” kata Ednan.

Menurut Ednan, KAFA perlu menjelaskan denda itu dalam tempoh 14 hari selepas surat dikeluarkan dan tiada rayuan dibenarkan memandangkan hukuman itu paling minimum.

* beringatlah penyokong ksian KAFA



* SUMBER METRO *

No comments:

Post a Comment