Thursday

TIPS MEMILIH TAKAFUL


1.KENALPASTI KEPERLUAN/ TUJUAN AMBIL TAKAFUL
Anda disarankan membuat perlindungan mengikut susunan keperluan berikut:-
• Perlupusan Hutang
• Perlindungan Pendapatan
• Kad Perubatan
Jika keperluan anda untuk membayar hutang, maka buatlah perlindungan perlupusan hutang. Jika keperluan anda untuk penggantian pendapatan maka buatlah perlindungan pendapatan.
Semak semula kewangan anda dan senaraikan hutang anda. Anda haruslah memastikan hutang anda kesemuanya mempunyai perlindungan. Jika semua hutang telah dilindung saya percaya emosi anda akan berada dalam keadaan tenang.
Sesungguhnya roh orang yang berhutang, akan tergantung tidak diterima langit dan bumi.
2.KENALPASTI KEPERLUAN RISIKO ANDA
Ada 3 (Tiga) Risiko Kewangan yang kebiasaan kita hadapi iaitu:
i. Meninggal Muda
ii. Sakit Kritikal
iii. Hidup Terlalu Lama
Di Takaful kita mampu mengurangkan impak risiko kewangan kita bila berlaku risiko di atas.
Bila Kita Meninggal Takaful Bayar
Bila Kita Sakit Takaful Bayar
Bila Kita Pencen Takaful Bayar
Bila Anak Nak Masuk Universiti Takaful Bayar
3.MEMAHAMI CIRI-CIRI TAKAFUL YANG DIPERLUKAN
Anda disarankan memahami apa pelan asas dan pelan tambahan di dalam sesuatu polisi. Jangan lupa juga memahami ketetapan pemilik pampasan kita adakah menggunakan konsep hibah atau penama.
4.ANDA YANG TENTUKAN SENDIRI
Jika anda mempunyai bajet sendiri, anda boleh meminta pandangan ejen Takaful kerana mencarum di Takaful memerlukan komitmen yang panjang.
5.PILIH EJEN YANG MENEPATI KEHENDAK ANDA
Ada peserta yang lebih selesa memilih ejen dari kalangan kawan-kawan atau orang yang tidak dikenali. Apa atau siapa pilihan ejen anda, yang penting anda ambil la sekurangnya perlindungan asas bagi menjamin masa depan keluarga anda.
“PERLINDUNGAN YANG BAIK ADALAH MENGIKUT KEPERLUAN ANDA DAN MAMPU BAYAR”

No comments:

Post a Comment