Thursday

PELUKAN CINTA

"Sayang along asyik termenung je, kenapa ?" Along Zulaika bersuara sambil menghampiri adik kesayangannya itu.

"Adik rindu sangat pada abang…" Zulaika berterus terang tentang perasaannya. Sesungguhnya tiada rahsia dalam keluarga mereka.

"Sudahlah dik. Jangan diingat sangat. Armand pun tentunya terlalu rindu pada adik. Adik tahu kan, Armand sayang sangat pada adik. Cubalah fahami keadaan Armand dik. Along percaya, sesaat pun Armand tidak lupa pada adik. Along pun sayang dia. Along sihat ni pun kerana usaha dia. Anggaplah dia keluarga kita dik. Ikhlaskan hati adik. Insyaallah, Tuhan lebih tahu dik.." Panjang lebar along Zikri menasihati adik bongsunya itu.

"Adik tahu. Adik paham…..tapi adik tidak dapat melupakan abang."

"Siapa yang suruh adik lupakan abang? Abang itu adalah memori terindah dalam hidup adik, kan? Kenang dia. Letakkan dia disatu sudut dalam hati adik yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Semadikan ia disitu. Kenangan itu akan abadi bersama adik. Itulah yang Armand ajar pada along. Kak long kekal dalam hati along walaupun sudah bertahun dia pergi. Along tidak akan melupakan dia. Along akan bina kehidupan baru, tapi along tetap sediakan tempat untuk kak long dalam hati along ini…"
Armand menggenggam kedua-dua belah tangan Zulaika. Matanya merenung tajam wajah kesayangannya itu.

" Sayang, dengarlah cakap abang ni…sayang kena faham. Abang tak boleh hidup tanpa sayang, kita kahwin ye sayang?" Armand meminta persetujuan Zulaika.

" Abang, janganlah macam ni. Abang pun kena faham, kita ni hanya mampu merancang, yang menentukan jodoh kita ialah Allah. Mungkin kita tak ada jodoh abang. Ika tak marah pada abang. Percayalah." Zulaika cuba memujuk Armand.

" Ika, please Ika. Mati abang macam ni.." Airmata Armand mula bergenang.

" Abang ni kenapa?? Tak kan serapuh ni iman abang. Abang kena kuat. Kuat untuk Ika, kuat untuk abang sendiri. Ika memang sayang sangat pada abang, tapi Ika tak berdaya abang. Abang pun kena faham keadaan Ika." Sebak suara Zulaika. Sukarnya untuk memahamkan Armand.

"Papa…nikahkan kami papa. Man tak boleh tak ada Ika papa. Tolonglah Man papa." Armand merayu kepada Tan Seri Zainal.
Tan Seri Zainal bangun dari kerusi yang didudukinya. Dia menghampiri Armand dan Zulaika. Ditariknya Armand ke dalam pelukannya. Tangannya mengusap-usap bahu Armand.

"Armand, papa tidak pernah menghalang hubungan Armand dan Ika. Sejak pertama kali papa jumpa Man, papa suka pada Man. Kalau memang ada jodoh Man dan Ika, Man percayalah..Man akan ditemukan semula dengan Ika. Tidak hari ini, mungkin esok-esok. Tetapi kalau dah memang tiada jodoh kalian, macam mana sayang sekali pun, hubungan tu tak akan menjadi. Man anak papa dunia dan akhirat, ingat tu. Jangan segan. Ada apa-apa masalah, Man tahu di mana nak cari papa." Panjang lebar Tan Seri Zainal menasihati Armand Danial. Armand menangis tanpa segan silu. Zulaika juga begitu.

Reda tangisannya, Armand melepaskan pelukannya. Dia menapak menuju kearah along Zikri. Memeluk kemas along Zikri.

"Sabar Man. Betul kata papa, ‘if she’s mean to be yours, she’ll come to you, by hook or by crook. Think good of her, she’s yours forever." Along Zikri juga menepuk-nepuk bahu Armand.
Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mer...eka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.

Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.

Novel ini akan menemui pembaca novel seawal-awalnya di kawasan Lembah Klang pada sabtu ini. Berita Menarik untuk yang berada di KUANTAN, anda akan mendapat novel ini yang paling awal.

No comments:

Post a Comment