Sanggup
mendahulukan pandangan kawan-kawan daripada perasaan kekasih! Sanggup
membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun
pergi PARTY bersama kawan-kawan. Kalau ada masalah pula, kawan-kawan
sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si
dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia
juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak
merahsiakan sesuatu dari dia. Sekali-sekala bolehlah, jangan sampai
siapa lelaki nak kahwin pun kawan-kawan yang tentukan! Boleh pula yang
selalu saja memberi alasan tak dapat luangkan masa dengan kawan-kawan,
padahal tak suka kalau si gadis buat macam tu dengan “boyfrenss” nyer!
Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Ingatlah, bila Nabi Adam
kesunyian di syurga, Allah tak ciptakan 10 kawan untuknya. Tetapi Allah
ciptakan seorang wanita bernama Hawa sebagai pelengkap dan peneman
hidupnya!
MAIN KAYU TIGA
Bab
main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Depan kita merayu-rayu bersumpah setia, tapi
bila dah dapat..mula cari gadis lain dan mengadu pula keburukan
pasangannya! Kata pasangan macam-macam sebagai modal untuk meraih
simpati si gadis tu! Tu belum lagi bab habis kredit call
perempuan-perempuan lain. Lepas tu, bila si gadis menyampah tak dapat
call sebab asyik call waiting jer, call tak angkat atau kredit lelaki tu
asyik habis dengan misterinya, kamu salahkan gadis tu tidak paham
pulak! Masalahnya gadis tu dah hilang kepercayaan dengan perbuatan kamu
yang selama ini hanya berpura-pura baik. Apatah lagi kalau digoda, terus
disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. Kalau dah banyak kali
kena camni, mane tak fedup?
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata
(mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata
tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak
akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi
hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
Ada dua jenis ego, satu ego untuk menundukkan perempuan dan satu lagi
ego dalam berkasih sayang! Dua ego ni jauh BERBEZA! Ego menundukkan
perempuan memerlukan KEANGKUHAN yang besar manakala ego dalam berkasih
sayang memerlukan TANGGUNGJAWAB yang besar! Ego menundukkan perempuan
boleh digunakan dalam professionalisme, kekeluargaan tetapi BUKAN dalam
hal cinta! Jika tidak, bagaimana untuk perempuan mencintai jika dia
hanya ‘menyembah’ lelaki yang merasakan taraf dia lebih tinggi dari
perempuan. Seolah-olah, dialah KING OF THE WORLD! Ego adalah pride dan benar semua orang ada pridenya tersendiri! Ego dan ketegasan yang seorang lelaki PATUT ADA
seperti ego tidak mahu makan duit pasangan, ego dan terasa dayus kalau
pukul perempuan, ego tidak mahu perempuan bersusah payah memandu untuk
kamu, atau ego jika pasangan diganggu lelaki lain!! Tapi janganlah
berlaku bongkak dan angkuh pastu yakini itu “ego”. Contohnya, “ego”
lelaki-lelaki chauvinist yang sudah berikrar takkan buat kerja-kerja
perempuan seperti tolong bini di dapur, “ego” lelaki biasa yang tak mahu
isteri bekerjaya lebih hebat daripadanya, “ego” tentang kehebatannya
di atas “katil” dan “ego” enggan mengaku salah apabila dah melakukan
kesilapan, sorrylah, ini bukan “ego” tapi bongkak dan bodoh! Matlamat utama egonya yang akan tercalar jika tidak dapat menundukkan perempuan, ITU SAHAJA!
Kes ego menundukkan
perempuan ini boleh ditonton dalam banyak movie Greek dan Roman! Paling
jelas dalam zaman jahiliah! Perempuan cakap satu apa pun tak boleh,
inikan pula membangkang atau berlaku tegas padanya! Dia lupa dengan
kehadiran dunia Islam di mana kebangkitan, hak-hak dan pendapat
perempuan dalam kehidupan diambil kira! Bila berdepan masalah, beliau
akan terus menghukum dan akan mengambil keputusan sesuka hati tanpa
berbincang atas alasan dia lelaki dan perempuan semua bodoh!! Contoh
tepat zaman sekarang adalah seperti karakter ‘Ustaz’ dalam cerita
Tahajudd Cinta! Dengan bertopengkan agama, dia sesuka hati mengambil
keputusan yang menyenangkannya! Keegoan sepatutnya membuatkan lelaki
ingin berjaya dalam hidupnya termasuklah berjaya memimpin kaum wanita KELUAR daripada masalah! Tapi berlaku sebaliknya bila “ego” digunakan untuk LARI
dari masalah! Ingatlah, ni 2011, bukan tahun perempuan boleh dibuli
sesuka hati kamu, perempuan sekarang bijak dan mengenal sekilas sama ada
anda ego atau pun bongkak! Dan, bila perempuan itu tinggalkan kamu, dia
berlaku tegas..bukannya ego!
No comments:
Post a Comment