Semua manusia inginkan kesempurnaan dan kecantikan.
Tambah2 lagi dalam soal pemilihan jodoh. Perkara2 sebegini lebih memihak
kepada kaum lelaki. Biasanya, selera kaum lelaki nie lebih kepada
kecantikan zahir tanpa menitik beratkan budi bahasa sebagai kayu
pengukur. Yang penting si dia itu cantik... Bagi mereka kecantikan
seseorang itu secara tidak langsung akan menjadi penawar segala masalah
yang melanda. Jangan hanya pandang dari satu sudut jer cekk abang
oiii...
Tambahan pula dizaman IT nie, ramai yang
berkenalan melalui IRC. Seolah-olah menjadikan program tersebut sebagai
tiket untuk mencari jodoh. Tapi faham2 jelah, bila mengenali seseorg tu
melalui chating nie banyak yang tak betul dari yang betul.
Almaklumlah... tiada siapa pun akan tahu samada kita nie berlaku jujur
atau pun tidak. Dah lah kita tak tau orang tu jujur dengan kita atau
tidak. Tambah2 bab rupa paras, yang membuatkan kita tertanya2 bagaimana
rupanya teman kita itu. Aduh... pening di buatnya.
Mula2 kenal
melalui chatting, takkan nak chatting selamanya kot? Sesekali mesti
terdetik di hati nak bersemuka dengannya kan? Lalu pertemuan pun
diatur... kadang2 tu ada juga yang dah 'tersangkut' sebelum bertemu.
Bercinta sikit punya lama, tanpa mengetahui rupa paras org tue. Bukannya
apa, kalau dia ikhlas terima kita tanpa memandang paras rupa, tak kisah
lah... buatnya lepas jumpa terus 'kensel' camana? Mesti frust punya... .
Biasanya... perempuan ni tidak meletakkan rupa paras sebagai
faktor utama pada seseorang lelaki. Asalkan tingkah laku dia baik..sudah
memadai. Tetapi berbeza pula dengan kaum lelaki... jika perempuan yang
ditemuinya itu tidak cantik pasti akan ditolak awal2 meskipun perempuan
itu cantik perilakunya. Betul tak?
Satu persoalan untuk kaum
lelaki... mengapa lelaki nie suka pilih yang cantik sahaja? Tahukah
mereka, bahawa yang cantik itu tidak semestinya memberikan kebahagian?
Untuk apa dibangga kekasih yang cantik rupa parasnya, sedangkan
perlakuannya tidak melambangkan kecantikan yang sedia ada.
Jika
kita lihat, kriteria memilih calon isteri mengikut hukum Islam juga
meletakkan agama sebagai faktor utama, kemudian barulah diikuti dengan
keturunan, kekayaan dan rupa paras. Sesungguhnya rupa paras itu tidak
akan kekal selamaya andai tingkah laku tidak secantik wajah.
Wahai
kaum lelaki... jangan hanya pandai memilih perempuan yang ada rupa
paras sahaja... sebaliknya pastikan diri kamu itu juga sedemikian.
Biarlah kecantikan itu lahir dari segi rohani serta batinnya kerana
itulah kecantikan yang hakiki. Usahlah mengharap perempuan semulia
Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karam Allah
Wajhah.
No comments:
Post a Comment