Wednesday

MENINGKATKAN 2X GANDA PENDAPATAN (PART 1)

Tips ni aku perolehi daripada Dr.Azizan Othman..
Semoga dapat berkongsi dengan korang..
Semoga bermanfaat kepada anda semua...
Hope Enjoy... Watcha!! Adios..


1) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: 
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
2) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa:  
Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

3) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: 

Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

4) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : 
  
Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

5) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: 

 Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda.

No comments:

Post a Comment