Wednesday

TENANGKAN DIRI

1. Keluar Mencari Kedamaian
Bila fikiran sesak dengan masalah dan rasa lemah elok untuk kita keluar mencari kawasan yang sedikit tenteram dan menikmati ketenteraman itu. Biasanya kawasan tenang ni keindahan semulajadi macam pokok hijau, air mengalir dan sebagainya.  Kedua selain tasik kalau hujan biasanya tingkap ni akan dibuka luas untuk tengok air hujan yang turun. Cuba jengah sikit tingkap tengok ke atas,tak rasa cool ke nampak hujan turun dari langit. Subhanallah keindahan alam.

2. Dengar Muzik Perlahan Yang Mendamaikan
Ini salah satu cara untuk menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Tubuh mempunyai cas-cas positif dan negatif dan bila tak berada dalam keadaan seimbang tu yang angin kus-kus moody datang. Cari alternatif dengan mendengar muzik seperti alunan Kiroro, Instrumental dan sebagainya. Memang terasa sangat tenang dan boleh tertidur. Elakkan dari mendengar lagu Linkin Park ataupun System Of A Down ( S.O.A.D ) ketika tengah stress bagi mengelakkan laptop atau music player korang dibaling ke tingkap. Tapi kalau putus cinta tu jangan duk layan lagu Perpisahan Ini dari Anuar Zain. Memang la lagu slow tapi masalah lain pula datang nanti iaitu banjir besar. Parah..parah.. Heee..

3. Makan Banyak dan Tidur
Salah satu cara yang mana diamalkan oleh pelajar-pelajar IPT ketika stress ialah makan banyak. Orang lain pun sama juga tapi mungkin kat sini aku banyak jumpa la. Ketika tengah stress pergi ke cafe berdekatan atau buka peti ais di rumah anda kemudian capai apa yang patut untuk dikunyah. Kerepek sedap gak, Johor kerepek murah. Selepas makan dengan banyak confirm rasa mengantuk akan datang dengan sendiri dan membuatkan korang tertidur lepas tu lupa sekejap perihal masalah yang ada. Namun,  ini bukanlah yang terbaik kerana tidak bagus untuk kesihatan. Makan Tido, Makan Tido ape laa.
.
4. Luahan Rasa Hati
Kalau dipendam apa yang terbuku tu kadang-kala kita tak nampak penyelesaian. Bila tengah serabut apa yang nampak hanyalah jalan ringkas sahaja. Perlunya orang kedua yang dia pun dalam keadaan waras untuk kita luahkan masalah dan cari tempat untuk bercerita. Mesti rasa lega sikit punya.
5. Muhasabah Kesilapan Diri
Bila dah agak-agak tenang tu cuba untuk bermuhasabah dengan apa kesilapan diri. Ketepikan ego untuk seketika dengan merasakan diri sentiasa betul. Kalau betul takkan la ada masalah, logik kan? Nilai balik kesilapan diri dan ambil tindakan. Tindakan ni pun kena memerlukan satu jati diri yang kuat juga, sedar tanpa tindakan tak dapat apa-apa.

6. Kembali Kepada Fitrah, Kenal Erti Syukur
Itulah yang terakhir untuk merasakan ketenangan yang jelas. Kembali kepada fitrah dengan beribadah dan berdoa. Fitrah dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali itu akan menyedarkan kita, fitrah asal yang sudah sedia ada pada manusia cuma kadang-kala terlupa. Bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun sedikit. Orang lain tak semestinya bertuah dapat apa yang kita ada. Kebijaksanaan, ilmu , harta tak semua orang ada. Walaupun kita ada sikit , hargailah sepenuhnya sebelum kita tiada apa-apa nanti. Tapi cuba juga untuk tingkatkan apa yang ada, buat peningkatan. Ini pun satu nilai yang memerlukan jati diri yang tinggi juga.

No comments:

Post a Comment